Hiburan

Anak Kepada Pelakon Mustapha Kamal Genggam First Class Degree”Ini Baru Betul Anak Sulung Pewaris Megah Holding”

Sekalung tahniah buat anak kepada selebriti, Mustapha Kamal dan Susan Manen atas kejayaan menggenggam Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Pastinya sebagai ibu bapa, pelak0n yang sinonim dengan watak bangsawan ‘Megah Holding’ berkenaan antara individu paling bahagia menyaksikan anak tersayang tamat pengajian di menara gading.

Berkongsi kegembiraan di media sosial, Mustapha Kamal meluahkan rasa syukur dengan pencapaian Sabella Qawiema.

“Assalamualaikum Graduasi Universiti Malaya semua. Anda adalah aset negara, anda adalah cita-cita negara, anda adalah harapan negara, anda adalah masa depan negara.

Tahniah Sabella, first class honours. Tahniah. Your family loves you.”

Selain aktor kacak itu, isteri tercinta turut tidak ketinggalan menzahirkan rasa bangga terhadap puteri sulung. Sambil berseloroh, Susan berkata, “Congratulations Sabell. We love you. Ni baru anak sulung pewaris Megah Holding.”

Tambahnya lagi, “It was always my dream to study in UM but my baby girl is living it. Allah had other plans for me. I am grateful and enjoying the moment.”

Sementara itu, Sabella turut berterima kasih atas sokongan daripada keluarga tersayang terhadapnya selama ini.

“To mummy and papa, thank you for always believing in me and supporting me in every decision that I make. To Qayyiem, Salsabil and Qaddiem (even though you didn’t come but I still love you), 

I love you three very much and I thank Allah every day for giving me 3 wonderful siblings and I will continue to look out for you and treat you every time I make more money.”

Sabella tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Itali dan Linguistik kelas pertama, UM.

Selain Sabella, Mustapha Kamal dan Susan Manen turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Aulia Qayyiem, Naqli Qaddiem dan Salsabil Qur’ani.

Sumber:Hm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button