Hiburan

Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati

MELAKA: Sukarelawan benc4na, Azwan Omar, 30, yang lebih dikenali sebagai Abang Viva, selamat melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Evanoza Zakaria pada Jumaat lalu.

Pasangan itu selamat melangsungkan akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh di sini, dengan kehadiran ahli keluarga terdekat masing-masing.

Khabar mengenai perkahwinan pasangan itu, dikongsikan Azwan kepada pengikutnya ketika penstriman secara langsung pada malam tadi.

Selain itu, Evanoza juga berkongsi gambar perkahwinan mereka menerusi akaun tiktok, abangvivaofficial.

Azwan berkata, pada mulanya, mereka merancang berkahwin pada Disember depan, namun faktor ramalan cuaca yang menjangkakan berlaku bencna Monsun Timur Laut di beberapa negeri, mendorong majlis itu dipercepatkan.

“Jadi untuk bulan depan dan seterusnya, lebih mudah untuk kami suami isteri berbincang dan bersiap sedia menggerakkan sukarelawan di bawah Gerakan Kebajikan Abang V-V,” katanya.

Azwan berkata, berikutan mahu memberi tumpuan kepada gerakan kebajikan yang akan dilancarkan ketika mosun timur laut, mereka belum menetapkan tarikh resepsi bagi meraikan keluarga di kedua-dua belah pihak.

Azwan yang berasal dari Melaka, menarik perhatian rakyat Malaysia kerana kesungguhannya membantu mangsa banjlr dengan hanya berbekalkan RM50 dan menggunakan kereta jenis Perodua Viva serta sebuah bot di Selangor pada akhir tahun lalu.

Tertarik melihat kegigihannya membantu mangsa banjlr, mendorong seorang usahawan tampil menyumbang sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan usahanya membantu mgsa bencna.

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button