Hiburan

Sukar bergerak dan hidap kencing manis, Mak Jah terpaksa tolak ‘job’ lakonan… Kini bergantung bantuan biayai perubatan

PELAKON veteran Mak Jah mendedahkan dirinya sudah tidak mampu untuk menerima tawaran lakonan gara-gara keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad, 74, berkata kali terakhir dia terlibat dalam penggambaran drama adalah pada bulan Ramadan lalu.

Kata Mak Jah, keadaan kakinya yang sudah tidak kuat membuatkan dirinya sukar untuk bergerak.

“Saya sekarang tidak lagi menjalani mana-mana penggambaran drama. Kali terakhir, Haji Zeel saja yang mengambil saya berlakon pada bulan puasa lalu.

Mak Jah tidak boleh bergerak terlalu cepat.

“Sebenarnya tawaran berlakon tu ada lagi… Haji Zeel ada saja beri saya job berlakon tetapi keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan.

“Badan saya sihat tetapi kaki saya lemah kerana mempunyai masalah urat saraf… saya tidak boleh berjalan laju atau terlalu cepat,” katanya kepada mStar.

Selain masalah saraf, Mak Jah juga memberitahu dia menghidapi penyakit kencing manis.

“Saya ada buat pemeriksaan di hospital. Saya memang ada penyakit kencing manis… jantung Alhamdulillah okay. Cuma ada darah tinggi sikit tapi sekarang dah stabil.

“Cuma kencing manis la kadang naik kadang turun. Ada sekali tu kencing manis saya naik sampai tak ada nombor sebab terlalu tinggi.

“Kaki saya pula ini sekejap elok, sekejap sakit. Ada sekali tu tiga bulan saya tidak dapat berjalan… tak boleh berjalan langsung sebelum puasa tempoh hari,” ujarnya.

Sebenarnya tawaran berlakon tu ada lagi… tetapi keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan.

MAK JAH

PELAKON

Menolak tawaran lakonan, pelakon drama Imam Instant Ustazah Scammer itu menjelaskan dia tidak mahu menyusahkan pihak produksi serta pelakon lain di set penggambaran.

“Dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, saya tidak mahu mengganggu pihak produksi.

“Saya juga tidak mahu menyusahkan pelakon-pelakon lain. Saya faham produksi nak habiskan penggambaran dengan cepat… kalau saya berjalan pun perlahan, sebelum orang marah baik saya elakkan diri daripada terlibat,” jelasnya.

Disebabkan tiada tawaran lakonan, aktres ini mengakui berdepan masalah kewangan dek kerana perlu membiayai rawatan perubatan.

Mak Jah tidak mahu membebankan kru produksi sekiranya menerima tawaran berlakon.

Pun begitu, Mak Jah tetap bersyukur kerana dirinya menerima bantuan daripada pihak Baitulmal untuk mengurangkan sedikit beban.

“Sejujurnya daripada segi kewangan memang tidak dinafikan sejak tidak berlakon terasa sesak jugalah.

“Saya perlukan wang untuk perubatan. Di hospital kita hanya diberi ubat sahaja. Macam penyakit kencing manis, jarum dan perkakasan untuk suntikan kena beli sendiri.

“Tapi syukur Alhamdulillah saya mendapat bantuan Baitulmal setiap bulan sebanyak RM500, wang inilah yang saya gunakan untuk biayai perubatan,” katanya.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button