Hiburan

“Saya Marah” – Tak Kompromi Isu Stoking Kalimah Allah, Shuib Sanggup Lepaskan Status Duta KK Mart

Pelawak dan usahawan, Shuib tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menyentuh isu sensitiviti dan mempersendakan agama Islam.

Shuib berkata sedemikian selepas ditanya mengenai responnya berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart yang tular baru-baru ini.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, saya sangat terkesan sebenarnya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam ada jua situasi dan bisnes.

“Kita pasti akan marah kerana kalimah Allah itu merupakan satu perkara yang amat besar buat kita.

“Jika benar perbuatan ini sengaja dilakukan, saya tidak akan menyokong dan mengiyakan perbuatan ini. Ini merupakan tanggungjawab saya sebagai orang Islam,” katanya yang juga merupakan duta KK Mart.

Shuib yang ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media semalam turut menegaskan kalimah Allah pada stoking merupakan penghlnaan buat umat dan agama Islam.

“Saya marah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Perbuatan ini sangat keji. Bagaimanapun, perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dijalankan.

“Saya tak boleh nak komen lebih kerana ia turut melibatkan bisnes orang lain dan sensitiviti orang.

“Sebagai umat Islam saya tidak akan menyokong perkara yang tidak betul atau melanggar peraturan,” ujarnya lagi.

Dia yang juga bekas ahli kumpulan Sepahtu mengakui sedia melepaskan tanggungjawabnya sebagai duta sekiranya kedai serbaneka itu terbukti bersalah kelak.

“Kalau macam itulah ceritanya, saya terima kerana saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau tiada rezeki saya, tidak mengapa.

“Yang paling utama, saya kena meletakkan diri saya sebagai seorang yang beragama Islam,” kongsinya lagi.

Ditanya sama ada dia akan lebih berhati-hati untuk mempertimbangkan tawaran menjadi duta selepas ini, Shuib punyai pandangan tersendiri.

“Pada saya, perkara ini sangat subjektif. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Bila sesebuah tawaran itu datang, banyak benda yang kita kena ambil kira.

“Kita juga kena lihat cara kerja mereka. Ini merupakan antara aspek yang perlu diambil kira bukan sahaja saya tapi semua orang yang dipilih menjadi duta atau jurucakap sesebuah jenama,” akhirinya.

Terdahulu, kecoh satu Malaysia apabila tular dalam media sosial kewujudan stoking yang tertera kalimah Allah dijual secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Selepas teruk menerima kecaman ramai, KK Mart kemudiannya tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking di satu daripada cawangannya.

Kini, siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung penghasilan produk yang dianggap biadab dan sengaja mencetuskan provokasi terhadap institusi agama.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button