Hiburan

“Dia ingat kita tak tengok 999 ke?” – Eyra Hazali persoal penjelasan Ruhainies dan Aliff Aziz, netizen pun rasa macam tak masuk akal

PENJELASAN pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengenai insiden mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan penjelasan dibuat malah mempertikaikan beberapa perkara yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Kenyataan dibuat Aliff dan Ruhainies di Instagram itu juga turut menarik perhatian pelakon Eyra Hazali yang turut berasa pelik dengan kejadian itu.

Ciapan Eyra dan antara komen netizen di aplikasi X berhubung kenyataan rasmi Ruhainies dan Aliff Aziz.

Eyra turut mempersoalkan keberadaan pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan berkonvoi dengannya dari lokasi penggambaran ke kondominium tersebut.

Pelakon itu turut bertanya sama ada Aliff juga turut berasa takut membuka pintu apabila Ruhainies mendengar suara lelaki ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Jadi PA pergi mana? Kenapa bukan PA tolong angkat barang? The boy (Aliff) pun risau keselamatan ke tak nak buka pintu?,” soalnya.

Aktred itu turut mempertikaikan mengapa Ruhainies tidak mengajak isteri Aliff iaitu Bella Astillah makan malam bersama memandangkan aktres itu merupakan kawan baiknya.

Malah Eyra turut tertanya-tanya Ruhainies langsung tidak meminta maaf kepada Bella dalam kenyataan yang dibuat.

“Tak ajak isteri atau yang dipanggil kawan baik sekali ke makan-makan? Mana minta maaf pada isteri (Bella)?

“Kesimpulannya kena ada batas walaupun sudah 10 tahun berkawan,” katanya.

Sementara itu, netizen turut bersetuju dengan persoalan dibangkitkan Eyra malah merasakan kenyataan pasangan pelakon itu sebagai tidak masuk akal.

Malah ada menyifatkan cara kedua-dua selebriti berkenaan menjelaskan perkara itu hanya sekadar mahu menutup kesalahan.

Tak ajak isteri atau yang dipanggil kawan baik sekali ke makan-makan?

EYRA HAZALI

PELAKON

“Macam budak-budak sekolah reka cerita atau bagi alasan dekat cikgu lepas ‘kantoi’ buat salah.

“Kenyataan langsung tak logik akal. Jalan sesak dan perjumpaan makan-makan pukul dua pagi? Tak tahu siapa dekat pintu?

“Dia ingat kita tak tengok 999 ke? Setiap kali Jawi atau polis datang, mestilah akan beritahu sambil ketuk pintu,” antara komen netizen.

Tidak hanya itu, ramai turut mempertikaikan Ruhainies asyik mengulang fakta sudah mengenali Aliff sejak 10 tahun lalu.

“Terpaling kawan baiklah? Boleh ajak jumpa rumah pukul 2 pagi? Merepek! Baran betul aku baca kenyataan dua-dua ini,” komen netizen lain pula.

Netizen persoal keberadaan PA Ruhainies sewaktu kejadian diserbu pihak Jawi.

Pada malam Khamis, Aliff dan Ruhainies akhirnya tampil menjelaskan kejadian sebenar mereka ditangkap selain kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Pada Isnin lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun sebutan pada Rabu lalu ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button