Hiburan

“Tiada Kerja Waktu PKP, Mereka Adakan Untuk Saya,” – Jenama Lain Offer 3 Kali Ganda, Nabil Ahmad Pilih Setia & Tak Gelap Mata

Pengacara Nabil Ahmad mendedahkan menolak tawaran bergelar duta jenama pakaian terkenal berjumlah ratusan ribu dan kekal setia dengan jenama sama buat tahun kesembilan.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 40, berkata wang ringgit bukanlah keutamaan dan tidak bergelap mata meskipun tawaran diterimanya tinggi.

“Ada jenama menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak. Ia kerana kesetiaan.

“Saya masih ingat ketika tengah tiada ‘job’ pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hidup saya huru-hara, satu-satunya klien yang telefon minta saya buat video adalah Jakel.

“Jadi, saya memang ingat sangatlah. Tak bolehlah saya nak sebut jenama tawarkan bayaran lumayan. Banyak yang ditawar, tapi tidaklah sampai berjuta.

“Ayat dia macam ini, berapa jenama itu bayar kau, aku bayar ‘double’. Kemudian, saya beritahu sekiranya jenama itu sanggup bayar ‘double’, pihak berkenaan sanggup bayar ‘triple’.

“Bagi saya, ia nampak seperti nak berlawan. Mereka bukan mahukan saya sangat, cuma nak berlawan tunjuk boleh beli saya.

“Di situ pula kita kena tunjuk nilai kita. Mungkin orang lain boleh gelap mata dengan nilai ditawarkan, tapi saya tidak,” katanya kepada BH Online.

Nabil ditemui pada sidang media majlis pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall, di sini, pagi tadi.

Nabil (dua dari kiri) bersama Mohamed Feroz (empat dari kiri) dan barisan artis yang hadir sidang media majlis pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall, pagi tadi. – NSTP/Rohanis Shukri

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Feroz Mohamed Jakel.

Nabil berkata, dia tidak menyesal dengan keputusannya.

“Saya tak menyesal, sebab saya rasa tiada cara lain untuk saya membalas budi dan beritahu saya setia di sini.

“Sebab kadang-kadang kalau tiada ‘job’ saya risik dengan pihak sini, kalau ada kerja yang saya boleh buat.

“Saya letakkan kesetiaan, bukan saya letak nilai pada duit semata-mata. Macam jenama ini beri saya pakaian Hari Raya selama sembilan tahun, bukan saya sahaja, tapi keluarga termasuk orang tua.

“Jadi, di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu paling penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan,” katanya.

Nabil berkongsi, perkara itu selepas ditanya kesetiaannya bersama jenama berkenaan buat tahun kesembilan.

Gedung tekstil, Jakel melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini.

Sumber: BH, MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button