’40 minit anak merintih macam ayam kena sembel1h’ – bapa
Ipoh: “40 minit anak merintih macam ayam kena sembelih. Dia (pelaku) keluar kereta boleh tengok sahaja tanpa reaksi hendak suruh anak masuk dalam keretanya untuk dibawa ke hospital atau bertanyakan bagaimana keadaan dia sebelum ‘blah’ (beredar) dari situ.
Itu luahan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, iaitu bapa kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar tingkatan lima yang maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta dipandu seorang pegawai kanan polis dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini kelmarin.
Dia yang juga pesara tentera meluahkan sedemikian di hadapan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika Mohd Yusri melakukan kunjungan ziarah ke kediaman Muhd Zamrie di Taman Chepor Sentosa, di sini petang semalam.
Terdahulu sewaktu menyambut ketibaan Mohd Yusri di anjung rumah, Muhd Zamrie dilihat gagal menahan emosi sedih malah rebah dan hampir pengsan sewaktu berpelukan dengan Mohd Yusri.
Dia kemudian bangkit kembali selepas ditenangkan anggota keluarga dan pegawai polis yang hadir.
Muhd Zamrie mendakwa isteri pelaku yang melanggar anaknya yang juga tenaga pengajar di SMK Jati ada datang kepadanya sewaktu di lokasi kejadian bagi memohon maaf atas kejadian yang menimpa Zaharif.
“Isteri dia datang jumpa saya dia kata “Pak cik, saya minta maaf. Itu suami saya… Dia memang ada panas baran, dia tak boleh dengar ‘rem’ (memulas pendikit) motosikal.”
“Anak saya bukan penjenayah, dia pelajar sekolah. Adakah atas alasan motosikal bising membolehkan dia dilanggar sampai mati, sedangkan masalah motosikal bising itu boleh diselesaikan secara melalui saman,” katanya.
Dalam pertemuan hampir setengah jam itu, Muhd Zamrie berulang kali menyatakan harapan keluarga yang mahukan siasatan dijalankan secara terperinci.
“Saya kehilangan anak sama ada memang atau kalah, anak saya tak kembali. Tapi saya tak mahu kejadian ini terjadi pada anak orang lain.
“Hendak kata anak saya ‘merempit’, masa kejadian itu ramai orang dan sesak di situ (aliran trafik tinggi) apatah lagi waktu itu mendekati waktu solat Jumaat dan masa itu juga ibu bapa mahu mengambil anak dari sekolah.
“Masa itu pun anak saya sudah berhentikan motosikal, mungkin dia hendak minta maaf waktu itu selepas tidak larat hendak pusing (memecut motosikal) lagi, namun engkau (pelaku) pergi melanggarnya juga kemudian gelar anak saya ‘budak rempit’.
“Kalau kata dia (pelaku) tak kena (hukuman setimpal), saya menyesal tak sudah jadi ayah. (sedangkan) saya nampak depan mata yang anak merintih sebegitu,” katanya.
Sumber:mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.