Hiburan

Wany Kongsi Wajah Anak Lepas Tiga Bulan. Kongsi Pengalaman Naik ‘Flight’ Berdua Balik Kampung Suami

KUALA LUMPUR: Bermula daripada isteri dan kini bergelar ibu. Siapa sangka kehidupan seorang wanita berubah apabila kaki melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya. 

Itulah nikmat yang dikurniakan Yang Maha Esa kepada penyanyi popular Wany Hasrita yang mengakui benar-benar bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman, 4 bulan.

Lahir pada 9 Julai lalu, kehadiran Aishah nyata membuatkan pelantun lagu Menahan Rindu itu memberi sepenuh perhatian pada puterinya, sekali gus menonjolkan lagi sisi keibuan buat wanita berusia 30 tahun ini.

“Alhamdulillah, perasaan ini penuh dengan rasa bersyukur.

“Sudah tentu saya lalui cabaran tersendiri, dengan kehadiran Aishah, suasana kehidupan saya sangat lain dan berbeza. Dari segi pembawakan diri dan proses sesuaikan diri dengan rutin baru sangat mencabar.

“Sebelum ini, siapkan diri sendiri dan suami sahaja, sekarang ada anak kecil. Antara cabaran yang saya lalui adalah perangai bayi ini sentiasa berubah-ubah, orang cakap berubah bulan, jadi kena belajar perangai yang sentiasa berubah,” katanya ketika dihubungi.

Berkongsi lanjut, kata Wany atau nama lengkapnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, agak sukar bagi dirinya untuk menjelaskan cabaran yang dilalui, namun bersyukur merasai tempoh berpantang dengan baik sekali.

“Alhamdulillah, proses berpantang saya sangat ‘smooth’. Lebih bagus, ada ‘confinement lady’ yang menjaga ketika tempoh tersebut. Malah, saya juga ada ambil kelas sebagai rujukan, saya ambil sesi ‘one to one’ kelas penyusuan badan,” kongsinya lagi.

Selepas tempoh berpantang, penyanyi tinggi lampai itu kembali ke dunia kerjaya selepas sekian lama merehatkan diri.

Biarpun kembali bekerja selepas semakin pulih dan bertenaga, Wany akui jadual kerjanya berkecamuk pada mulanya, namun mampu menguruskan masa dengan lebih baik.

“Habis sahaja pantang saya terus bekerja.

“Mulanya agak berterabur sedikit jadual saya, lebih lagi selepas sudah habis berpantang, bila ‘confinement lady’ sudah pulang, jadi kitalah yang uruskan semua,” ujarnya.

Bagaimanapun, kelebihan dengan hadirnya insan bernama Aishah ini, kata Wany, dia mampu menguruskan masa dengan lebih baik.

“Dengan kehadiran Aishah, saya juga belajar curi waktu untuk selesaikan semua perkara dengan baik. Mujur juga ada ibu yang tolong jaga Aishah.

“Kalau soal kerja, saya tidaklah terlalu memilih, tetapi sedikit sebanyak mungkin agak mempengaruhi,” katanya ketika disoal adakah akan selektif dengan sebarang tawaran show selepas ini.

Sementara itu, jika menjengah ke profil Wany, dia turut membuka akaun Instagram (IG) kepada puteri kecilnya itu. Ia sekali gus membuatkan peminat tidak sabar untuk menatap wajah comel Aishah kelak.

Malah, ramai yang turut bertanyakan bilakah penyanyi ini akan mendedahkan wajah Aishah. Ini jawapan Wany.

“Mungkin lepas tiga bulan,” ujarnya ringkas.

Aishah yang kini sudah pun berusia empat bulan dilihat cukup comel, seperti wajah ibu dan ayahnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Wany di Insta Storynya, Wany memberitahu dia pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang untuk pulang ke Kuching, Sarawak.

“Semalam saya balik Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight. Masyallah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar. Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal.

“Terus go high pitch. Alhamdulillah walaupun sangat mencabar tapi Allah mudahkan. Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu,” kongsi Wany lagi.

Tambah Wany lagi dia lega kerana urusannya membawa Aishah dipermudahkan namun kini kembali cemas untuk membawa Aishah pulang ke Kuala Lumpur pula. Namun tetap mendoakan yang baik-baik buatnya dan Aishah.

“Kita ni dah la jenis cepat nervous. Alhamdulillah Aishah kita dah sampai Kuching. Sekarang ibu nervous pula nak bawa Aishah balik KL,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan kariernya yang terkini, Wany teruja apabila bakal mengeluarkan single istimewa buat cahaya matanya itu.

“Insya-Allah, lagu baharu akan menyusul berjudul Cinta Hatiku. Lagu ini khas buat Aishah,” kongsinya teruja.

Wany Hasrita sah menjadi milik lelaki pilihannya, Mohd Al-Adib yang berasal dari Kuching, Sarawak pada 22 Julai 2022 selepas menjalin cinta sejak 2019.

Sumber: XTRA, Pa&ma

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button