Walaupun Isteri Keguguran, Baim Wong Tetap Tunai Janji Hadir Majlis Kahwin Janna Nick
Pelakon dari Indonesia, Baim Wong menunaikan janjinya untuk menghadiri majlis perkahwinan Janna Nick sungguhpun sang isteri, Paula Verhoeven terlatar di hospital akibat keguguran.
“Janji itu harus selalu ditepati…” tulis Baim menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Baim juga turut memuat naik gambar-gambar yang dimuat naik pada majlis berkenaan.
Sebelum ini, Baim terpaksa membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadah haji akibat keadaan isterinya.
Menerusi hantaran di Instagram sebelum ini, Baim turut menjelaskan sebab utamanya adalah kerana keguguran yang dialami oleh Paula.
“Di sebalik banyak cerita yang terpaksa saya selindungkan kerana tidak layak untuk terus membuat orang ramai menjatuhkan antara satu sama lain.
“Anggaplah saya tidak jadi pergi ke haji disebabkan perkara ini (isteri di hospital). Saya dan isteri tak mahu dikasihani.
“Risau pandangan kalian mengenai haji saya akan ke mana-mana. Anggap saja Allah menggagalkan mengenai haji saya demi menjaga isteri yang keguguran,” katanya.
Terdahulu, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Langkawi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Untuk rekod, Janna pernah berlakon bersama Baim menerusi sebuah drama siri, Bukan Cinta Aku yang disiarkan pada 2019.
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda