Wajah puc4t, cengkvng sampai ramai dah tak kenal… Ini keaddan terkini Nas Ahmad ‘Kita Terjah’
FOTO terbaharu bekas wartawan program hiburan Melodi iaitu Nas Ahmad yang duduk di atas katil dalam keadaan puc4t selain kelihatan cengkung mengejutkan ramai pihak.
Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtry Yahya memberitahu Nas yang terkenal dengan tagline ‘Kita Terjah’ mengalami masalah j4ntung sehingga terp4ksa dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah j4ntung,” katanya menerusi Twitter miliknya pada Rabu.
Bagaimanapun, Fedtry tidak memperincikan tentang keadaan sebenar Nas atau Mohd Nasir Ahmad namun berkongsi fotonya.
Keadaan terkini Nas Ahmad kejutakan ramai pihak.
Difahamkan, Nas sudah dibenarkan keluar hospital selepas beberapa hari mendapatkan rawatan akibat masalah j4ntung dialaminya dan sedang berehat di rumah.
Usaha mStar mendapatkan reaksi Nas berhubung keadaan terkininya juga tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.
Sementara itu, semakan di Instagram Nas, dia pernah berkongsi keadaan dia yang berjalan memerlukan sokongan tongkat dipercayai kerana faktor kesihatan pada awal Disember lalu.
“Asalnya berdua… tiba-tiba, alamak bertiga. (merujuk kepada tongkat). Sabar, dugaan. Usaha dan berdoa agar kembali berdua semula nanti dengan izin-Nya,” ujarnya.
Sehubungan itu, rata-rata warganet yang membesar menonton aksi Nas dalam program Melodi mendoakan kesejahteraan wartawan veteran berkenaan.
“Lainlah dia sekarang, semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan dengan secepat mungkin.
“Ini ke Abang Nas rambut ketak Melodi ke tu? Tak perasaan sekali pandang,” antara komen netizen.
sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda