Viral

[VIDEO] Prank Mel4mpau T0ny0h Kek Untuk Uji Kesabaran Ibu 0KU, Pak Nil; “Saya Kesal, Sebagai Mentor …”

Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi meluahkan rasa kesal berikutan sebuah video prank ‘kasar’ yang dilakukan oleh salah seorang peserta program di bawah dianjurannya yang tular baru-baru ini.

Pada video yang tular tersebut, peserta berkenaan dilihat mencampakkan sebiji kek ke muka seorang wanita di sebuah taman permainan dengan alasan hanya mahu menguji kesabaran wanita itu yang juga merupakan seorang ibu kepada anak kelainan upaya (0KU).

Daing membawa sebiji kek ketika membuat rakaman video prank berkenaan.

Bagaimanapun, Aznil atau mesra disapa Pak Nil yang juga bertindak selaku mentor program tersebut berkata tindakan peserta itu sudahpun melampui batas. Malah dia sebagai Mentor pernah berpesan untuk tidak melakukan konten yang sedemikian.

“Saya tertarik untuk mengulas sebuah video prank yang mel4mpaj, Pak Nil selaku mentor kepada peserta tersebut sangat kesal dengan kejadian ini.

“Sebab sebagai mentor saya pernah pesan kepada mereka bahawa prank di Malaysia tidak boleh sama dengan prank yang dilakukan oleh warga di negara lain.

“Kita masih mempunyai tanggungjawab terhadap agama, budaya dan negara. Masih tertakluk kepada tatasusila, itu perkara yang sangat saya utamakan,” katanya.

Pak Nil meluahkan rasa kesalnya itu menerusi satu hantaran video di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Video:

@datukaznilnawawi

Anak2 dah dibimbing tapi mungkin resam org Muda ni suka belajar dari kepahitan, ha…nilah yg berlaku. Yang tua ini pun kesal perkara camni berlaku.

original sound – Datuk Aznil Nawawi

Sementara itu, Pak Nil turut mengulas mengenai objektif utama program tersebut dianjurkan di mana ia bertujuan mahu melahirkan golongan anak muda yang mampu melakukan konten yang berkualiti.

“Mengenai projek ini, ia adalah tayangan untuk TikTok dan YouTube dengan tujuan ingin mereka mempunyai satu konten yang berkualiti daripada segi produksi dan juga isi.

“Disebabkan bekerjasama dengan TikTok, peserta-peserta ini hanya tertakluk kepada garis panduan komuniti (Comunity Guidline) yang disediakan oleh pihak TikTok.

“Seandainya TikTok melihat ia adalah sesuatu yang tidak mengganggu gugat komuniti, video itu masih lagi boleh dilihat di akaun peserta-peserta kami,” tambahnya.

Antara pengunjung yang menjadi saksi kejadian itu.

Dalam masa sama, Pak Nil yang mewakili pihak produksi program tersebut memohon maaf kepada semua pihak yang terasa dan dia turut memaklumkan akan berusaha untuk berjumpa dengan peserta berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

“Untuk itu saya selaku wakil program tersebut ingin memohon maaf dan akan mengambil peluang untuk berjumpa peserta tersebut untuk mengetahui apa sebenarnya plan dia pada asalnya.

“Saya harap ini juga menjadi pengajaran pada semua orang untuk menghasilkan konten-konten yang lebih berkualiti dan jauh beza daripada budaya luar,” tambahnya.

Dalam pada itu, beberapa individu mendakwa video berkenaan hanyalah lakonan yang telah dirancang oleh Daing.

Dakwa netizen lagi, m4ngsa prank itu juga merupakan pelakon yang bekerjasama dengan Daing demi menyempurnakan content berken

“Akak tu dah siap pakai mic guys. Pelakon dia juga tu.

Marketing. Dah dibayar tu, kalau betul logik ke orang tu nak relax?

“Walaupun hanya content dah dibayar tapi aku rasa content ni paling biadab. Sekian.

“Kalau ni lakonan pun aku harap kena kutip budak ni,” tulis beberapa netizen.

 

Sumber: Gempak, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button