Hiburan

[VIDE0] Ifa Raziah hadiah kereta mewah BMW sempena hari jadi ke-17 anak lelaki

PENYANYI Ifa Raziah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama BMW bersempena sambutan ulang tahun ke-17 anak lelakinya iaitu Muhammad Shakir Aqili.

Meskipun remaja itu belum tamat persekolahan dan tidak memiliki lesen memandu, Ifa memberitahu kereta jenis BMW 3 Series berkenaan sudah lama menjadi idaman anaknya.

“Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah ‘birthday boy’. Selamat hari jadi.

Ifa tunaikan hajat anak miliki kereta BMW.

“Sempena hari jadi Aqili yang ke-17 pada 19 November 2022, saya akan menghadiahkan anak saya sebuah kereta,” katanya.

Ifa berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, menerusi ucapan di ruang kapsyen, Ifa turut mendoakan Aqili akan sentiasa dimurahkan rezeki serta menjadi anak soleh.

“Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu.

“Mama dan papa berharap semoga Aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah. Berbakti kepada mama, papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat Aqili,” ujarnya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai tidak sangka remaja seperti Aqili meminati kereta jenis sebegitu dan bukannya keluaran edisi baharu.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button