Ustaz Wadi Annuar mohon maaf kepada penganut Hindu. Rupanya ini yang dia cakap.
TOKOH penceramah terkenal, Ustaz Wadi Annuar membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya mengenai perarakan Thaipusam yang turut disertai kaum Melayu beragama Islam, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan yang disiarkan di Instagram, Ustaz Wadi Annuar atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub berkata, beliau terlepas pandang dan terkhilaf apabila menyebut perkataan ‘semb4h syaltan’ dalam satu ceramahnya.
“Bahawa saya, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub dengan ini merujuk kepada kenyataan saya pada 10 Februari 2023 bertempat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri, Negeri Melaka.
“Di dalam ceramah itu, saya menyebut tentang perarakan Thaipusam yang dihadiri oleh sekumpulan orang Melayu dan ia merupakan kesalahan dalam agama Islam kerana menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan.
“Saya terlepas pandang dengan menyebut perkataan ‘semb4h syaitan’, dan ia kekhilafan daripada saya sendiri,” demikian menurut kenyataan pendakwah berkenaan.
Menerusi kenyataan tersebut juga, Ustaz Wadi Annuar berkata beliau sama sekali tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain.
Kenyataan permohonan maaf Ustaz Wadi Annuar.
“Dengan ini, saya memohon maaf kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di atas kenyataan tersebut.
“Di sini juga saya ingin menyatakan bahawa saya sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
“Semoga dengan kenyataan permohonan maaf ini, keharmonian rakyat berbilang kaum di negara kita dapat dicapai,” menurutnya lagi.
Hantaran Ustaz Wadi turut mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya memuji pendekatan pendakwah berkenaan.
Malah mereka turut mendoakan agar pendakwah berkenaan terus cekal dalam usaha menyampaikan dakwah dan teguran kepada masyarakat Islam.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.