“Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang?” – Baru Je Berkahwin, Sekali Bekas Isteri Pakar Saham DDNK Bongkar Perkara Ini Pula
Heboh di media sosial mengenai perkahwinan seorang pakar pelaburan saham yang dikatakan terkenal dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa, Janji Kaya’. Laporan media, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, telah menamatkan zaman dudanya Jumaat lalu dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari. Menurut Mohd Nazri Khan berkata, dia terdahulu tidak disukai oleh wanita itu yang merupakan pelajarnya.
Bekas isteri ucapkan tahniah kepada pakar saham kahwini pelajarnya yang manja Pada 5 September lalu, bekas isterinya, Atielia De Sams, tampil mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya dan sedikit sebanyak ‘menjelaskan’ mengenai apa yang berlaku.
“Selamat pengantin baru buat bekas suami ku yang telah hidup (bersama) selama 20 tahun dan kenal 22 tahun. Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang? Waktu susah dulu, senang sama-sama.
“Saya mendoakan perkahwinan yang telah berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat. Harap tiada lagi drama-drama skandal lain dalam perkahwinan baru ini. Amiin,” katanya. Menurut Atielia, ucapan tahniah itu terpaksa dimuat naik di Facebooknya kerana hasrat untuk menyampaikan ucapan itu di Facebook bekas suaminya tidak kesampaian kerana dia telah disekat dari berbuat demikian.
Dalam pada itu, Atielia turut berpesan kepada bekas suami untuk menyelesaikan segala tuntutannya tanpa menimbulkan masalah. “Saya letak (ucapan) kat Facebook sayalah sebab nak wish kat Facebook bekas suami dah kena block. Tak apalah. Hidup ini jangan banyak berpusing-pusing, takut nanti terjerat diri sendiri. “Jadilah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simpan, tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye, semuanya.
“Selesaikan tuntutan saya dan jangan triggered saya benda yang tak perlu saya jelaskan panjang lebar. Hidup simple, jangan kacau saya je. “Buat statement biar betul. Itu je, mentang-mentang saya tak ada stage tak perlu buat kenyataan macam saya ni tak ada informer. Terima kasih,” ujarnya.
Perkenalan ketika mengajar akhirnya ke jenjang pelamin.
“Pada mulanya dia tak suka saya, mungkin sebab dah tua.” Demikian kata Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, yang menamatkan zaman dudanya kelmarin.
Mohd Nazri selamat bernikah dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25, yang juga pelajarnya.
Beliau yang mesra disapa DDNK dan popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ selamat bernikah kelmarin, sebelum diraikan pada majlis gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota, semalam.
Mohd Nazri berkata, bukan mudah untuk menambat hati isterinya itu kerana perbezaan umur yang jauh antara mereka.
“Beza umur kami 22 tahun. Bukan mudah nak tawan hatinya. Tapi Alhamdulillah kami selamat bernikah pada Jumaat. Sebenarnya hari ini (semalam) genap setahun kami berkenalan.
“Kami berkenalan ketika saya menyampaikan satu ‘talk’ di sebuah universiti. Asalnya saya mengajar saham. Tapi apabila dah lama kenal, saya jumpa keluarganya. Kiranya, jumpa September tahun lalu dan Februari kami mulai serius. Jadi, lebih kurang tujuh bulan saja perhubungan kami sebelum ambil keputusan berkahwin,” katanya.
Menurutnya, dia jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya kerana lemah lembut dan keperibadian dimiliki.
“Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat. Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.
“Pada mula saya tengok dia, saya suka dia sebab kelembutan dimiliki dan dia manja. Kami macam ada keserasian terus dan tak rasa saya ni macam orang tua. Bagi saya, beza umur ni tak ada masalah dari awal berkenalan. Saya tak pernah jumpa budak muda yang boleh berborak dengan orang tua macam saya macam kawan-kawan,” katanya.
Dalam masa sama, Mohd Nazri berkongsi itu adalah perkahwinan kedua buatnya selepas berpisah dengan isteri pertama.
“Ini perkahwinan kedua saya. Secara rasmi, hidup menduda sekejap saja. Kalau tak rasmi dah lama tak tinggal bersama dan tak sehaluan tu sudah setahun,” katanya.
Kehadiran Emran dan Nabila, Erra ke majlis kahwin DDNK jadi tumpuan
Kehadiran Emran dan Nabila, Erra ke majlis kahwin DDNK jadi tumpuan. Majlis perkahwinan Pakar Pelaburan Saham yang juga penganalisis ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan malam tadi mencuri perhatian tetamu dengan ramai selebriti popular.
Paling menarik tumpuan ekoran kehadiran primadona filem, Erra Fazira, bekas suaminya, Engku Emran dan isterinya, Noor Nabila.
Malah mereka turut naik ke pentas utama untuk merenjis pasangan mempelai di atas pelamin.
Namun Erra hanya naik bersama anak hasil perkahwinannya dengan Engku Emran iaitu Engku Aleesya manakala bekas suaminya itu bersama Noor Nabila.
Sebelum ini, Noor Nabila meleraikan khabar angin dan dakwaan mengenai rumah tangganya goyah apabila berkongsi foto bersama, Engku Emran dalam satu InstaStory.
Perkongsian foto tersebut juga menjawab pelbagai dakwaan dan tohmahan yang mengatakan hubungan suami isteri itu sudah terlerai.
Bukan hanya di Malaysia, khabar angin mengenai dakwaan perceraian mereka turut tular dan heboh sehingga mendapat perhatian media Indonesia.
Untuk rekod, sebelum menikahi Nabila pada 19 Mac tahun lalu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan dua selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Selebriti lain yang turut hadir pada majlis gilang-gemilang tersebut adalah Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin, Emma Maembong, Aiman Hakim dan Zahiran MacWilson.
Turut membuat persembahan menghiburkan tetamu adalah diva popular, Ziana Zain.
Kehadiran selebriti itu di Mandarin Oriental antara kira-kira 600 tetamu jemputan yang menghadiri majlis yang berlangsung dalam suasana meriah dan mewah.
Sementara itu, pasangan raja sehari itu, Nazri atau popular dengan panggilan DDNK dan pasangannya, Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari selamat diijab kabul dalam majlis pernikahan yang berlangsung kelmarin.
Nazri sebelum ini sering menjadi pilihan stesen televisyen dan media seperti TV3, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, The Edge dan juga Berita Harian, untuk memberi ulasan dan pandangan berkenaan pasaran saham dan juga isu-isu berkaitan ekonomi.
Penglibatannya dalam dunia pasaran saham di Malaysia telah banyak menukarkan sudut pandangan orang ramai terhadap saham.
Malah Nazri juga popular dengan slogan ‘Tak hensem takpa janji kaya’ menerusi iklan di radio dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sumber : Harian Metro / Facebook Atielia De Sams via The Reporter
Kredit: HMT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
p