Hiburan

Tengah sayu ‘shooting’ babak sedlh, tiba² Azal boleh terkentut. Bila Zarina Zainuddin tanya, jawapan Azal beri buat ramai terhibur

Perasaan sayu bertukar lucu apabila anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai terkentut sewaktu mereka sedang menjalani penggambaran.

Ketika kejadian, Zarina, 51, sedang duduk di atas pangkin bersama Azal sambil mengalirkan air mata mengenangkan nasib anaknya itu sekiranya dia ditakdirkan menlnggl dunla.

VIDEO DIBAWAH ARTIKEL

“Kalau suatu hari nanti ibu dah tak ada dalam dunia ini lagi, ibu dah menlnggl dunla, macam mana Azal?,” katanya dalam temu bual berkenaan.

Bagaimanapun, situasi sedih tersebut bertukar lucu apabila Zarina menyedari anaknya terkentut dan mengeluarkan bunyi yang kuat.

“Azal kentut ke? Kita tengah shooting, awak kentut pula,” katanya.

Zarina berkongsi video sedutan temu bual berkenaan di Instagram miliknya pada Jumaat selepas ia dimuat naik pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin di laman sosial.  Azal secara spontan memberitahu terdapat oksigen dan bakteria di dalam perut yang menyebabkan dia terkentut.

“Kentut! Ada oksigen dan bakteria!,” katanya selamba.

Azal sebelum itu, tekun mendengar luahan hati ibunya selain memberitahu dia sangat sayangkan Azil namun tidak tahan abang kembarnya itu suka mengamuk. Dalam pada itu, Zarina sendiri tergelak melihat gelagat anak kesayangannya itu selepas menonton video tersebut yang dimuat naik Shahrulezad.

“Saya pun tergelak sendiri tengok video Azal. Dia boleh selamba ‘land’ jer… masa shooting tu saya tengah serius bercakap dekat Azal,” katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen terhibur melihat ragam dua beranak ini. Ramai mengakui pada awalnya sedih dan mengalirkan air mata mendengar Zarina bercerita tentang anak-anaknya namun tergelak besar apabila Azal terkentut.

“Aku ni baru nak bersedih. Azal pula kacau dengan kentut dia. Tak jadilah aku sedih.

“Baru nak keluar air mata, termasuk balik air mata ni, terus ketawa,” komen netizen.

Sebelum ini, Azal diberi kepercayaan memegang watak hero menerusi telefilem Kasih Dari Syurga yang bersiaran di TV2 bersama ibunya sehingga mendapat pujian penonton.

VIDEO

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button