Syamsul Yusof mahu saman Jawi RM10 juta dakwa sebar kenyataan tidak benar, fltnah dan palsu..
PENGARAH Syamsul Yusof mendedahkan bakal mengambil tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Syamsul, 38, berkata, tindakan itu adalah disebabkan badan tersebut didakwa membongkar maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitn4h terhadap dirinya.
“Saya sudah berbincang dengan peguam saya. Kami akan saman Jawi sebanyak RM10 juta kerana kenyataan fitn4h terhadap saya.
“Jawi telah memberikan maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya sedangkan ia tidak benar,” katanya kepada mStar.
Bagaimanapun Syamsul enggan menjelaskan secara terperinci tentang maklumat yang dimaksudkan.
Dalam pada itu, Syamsul berkata, dia turut akan mengambil tindakan susulan berhubung perkara itu dan dia sendiri bakal memaklumkan mengenainya dalam masa terdekat.
“Perkara tersebut adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya perlu ambil tindakan.
“Setakat ini itu sahaja. Selanjutnya saya akan maklumkan kemudian,” jelasnya.
Dipercayai dokumen tersebut mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana yang turut melibatkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda