Hiburan

“..sy terpaksa..” Baru je tular video lama beliau, Sajat akhirnya mengaku penari itu beliau. Tapi alasan dia buat ramai terhibur

Sebelum ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah klip video lagu karaoke bertajuk Keksaih Pujaan dari penyanyi Datuk Sharifah Aini yang memaparkan usahawan sensasi, Nur Sajat pada suatu ketika dahulu.

Menerusi video tersebut, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat mengenakan persalinan baju Melayu dan lengkap bersongkok sambil menari zapin bersama seorang penari wanita.

 

Nak panggil Abang ke Kakak?”tulis pengguna dikenali Farah Josni di ruangan kapsyen laman TikTok miliknya. Seriuslah Sajaat?

Hensemnya. Penularan video itu telah membuat ramai meluahkan rasa terkejut.

Apabila melihat individu dikatakan Sajaat memakai baju Melayu dan masih belum ‘berhijrah’ ke dunia terkininya sekarang.

Tidak kurang juga ada yang memuji penampilan sebenar Sajat yang kelihatan kacak berbaju Melayu. Bila tanya, bangjat terus end live.

Dalam pada itu, rata-rata memuji penampilan Saj4t yang kacak berbaju Melayu.

Kata netizen lagi, Saj4t jadi lelaki pun sudah cantik dan wajahnya ketika itu nampak seperti perempuan.

Susulan itu, setiap kali usahawan itu membuat ‘live‘ di aplikasi TikTok, dia sering diasak berkali-kali dengan pertanyaan jika jejaka di dalam klip video itu sememangnya dirinya.

Tampil menjawab persoalan ramai, Sajat akhirnya mengaku bahawa jejaka di dalam klip video itu sememangnya dirinya dan meluahkan rasa bangga apabila wajahnya kekal segak dari dulu.

Ye! memang I pun, kenapa? cantik sangat I? baru korang tahu betapa cantiknya Sajat dari dulu. Sikit habuk pun tak ada buat muka, muka dari dulu sampai sekarang sama je!

Malah, Sajat turut menjelaskan bahawa dia hanya menggantikan penari lelaki yang tidak hadir ketika pengambaran klip video berkenaan dan mendakwa terpaksa memakai baju Melayu dan bersongkok.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat respon dan ‘alasan’ yang diberi oleh usahawan itu yang bersikap terbuka walaupun sudah ‘kantoi’.

Ahli perniagaan dan selebriti kontroversi, Sajat mendedahkan berjaya memiliki sebuah rumah berharga RM1.5 juta di Sydney, Australia.

Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzaman yang kini bermastautin di negara itu menerusi media sosial berkata, rumah itu dimiliki selepas enam bulan dia memulakan perniagaan di Australia.

“Alhamdulillah, saya tak sangka kini sudah memiliki rumah di Sydney dengan harga AUS500,000 (kira-kira RM1.5 juta).

Semestinya saya sangat gembira kerana dalam tempoh enam bulan saja memulakan perniagaan di sini dan berdepan dengan masalah cukai dan sebagainya akhirnya berjaya mengumpul aset di sini.

“Terima kasih banyak saya ucapkan kepada ejen hartanah, broker, peguam dan akauntan saya yang banyak membantu melancarkan proses pembelian rumah ini. Ini adalah permulaan baru kehidupan saya memandangkan saya juga semakin aktif mengendalikan perniagaan di Australia,” katanya.

Sajat berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan fokus kepada perkara yang bakal mendatang.

“Jika kita yakin dan fokus apa kita buat, pasti kita akan maju ke hadapan.

Selepas apa terjadi pada saya tahun lalu, saya untuk memandang ke hadapan saja. Saya sudah ‘move on’.

“Rezeki ada di mana mana. Kalau kita yakin dengan perniagaan kita buat, pasti kebaikan dan ganjaran kita akan dapat,” katanya.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya memberi maklum balas positif atas kejayaan pemilikan rumah di luar negara.

Malah, rakan baiknya iaitu Datuk Aliff Syukri turut berbangga dengan pencapaian Sajat.

“Kita tahu dia buat benda betul” – Ibu Sajat reda anak lari ke Australia, tak pernah pujuk balik Malaysia

TIDAK sesekali pujuk Sajat pulang ke Malaysia. Demikian pendirian ibu kepada usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat tentang anaknya itu yang kini memulakan kehidupan baharu di Australia.

Ujar Maimon Omar, 66, dia lebih rela Sajat kekal berada di sana kerana bimbang bakal berdepan tindakan undang-undang seandainya anaknya pulang ke negara ini.

“Tak… memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia buat (urus) sendiri hal dia.

Maimon ditemui di banglo mewah milik Sajat di Kota Damansara yang kini dalam proses untuk dijual pada harga RM9.5 juta.

Selepas Sajat melarikan diri ke Australia sejak Oktober 2021, banglo 10 bilik itu didiami ibu bapa Sajat bersama dua orang anak angkatnya iaitu Syahmi dan Syaza yang masing-masing berusia tujuh tahun.

Bercerita lanjut tentang anaknya itu, Maimon berkata sebagai ibu, doa dan restunya sentiasa bersama Sajat walau apa pun yang terjadi.

Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah.. saya tahu apa dia buat.

“Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini saja. Apa-apa pun dia cerita, apa dia nak buat dia beritahu… minta restu dan doa.

“Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik.

“Kita tak nak burukkan sesiapa. Buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki,” katanya lagi.

Dua anak-anak angkat Sajat iaitu Syahmi dan Syaza kini di bawah jagaan ibu bapanya.

Sementara itu ditanya tentang kecaman yang dilemparkan banyak pihak terhadap Sajat dan keluarganya, Maimon bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu memikirkan tentang hal berkenaan.

Jelasnya, sebagai ibu dia lebih tahu tentang apa yang berlaku terhadap Sajat.

“Saya tak kisah, apa mereka kata… lantaklah. Tapi saya tahu apa dia (Sajat) buat tu untuk kebaikan diri dia.

“Kita jangan pedulikan orang, pedulikan diri kita saja. Orang nak kata apa pun kata la. Tak kisah… yang kita tahu sekarang ni buat benda yang betul.

“Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah.. saya tahu apa dia buat,” katanya.

Untuk rekod, Sajat kini menetap di Australia sejak Oktober tahun lalu selepas melarikan diri kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

 

kredit: beautifulnara, mstar, trendingsangat,

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button