Hiburan

Suami sendiri tak datang, namun tndkn bapa mertua pula dipuji ramai

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan banyak kali air matanya menitis sepanjang proses menyiapkan naskhah pertamanya berjudul Puteri Sarah: Terus Melangkah.

Puteri Sarah: Terus Melangkah

Menurut Sarah, bukan sahaja dirinya yang gagal menahan air mata, tetapi insan terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan turut sama menangis.

Iya, memang banyak kali menitiskan air mata termasuk orang-orang yang memberikan input untuk siapkan buku ini.

Bukan setakat air mata saya sahaja, tetapi keluarga, adik beradik dah kawan-kawan rapat saya sendiri.

Sarah berkata demikian pada majlis pelancaran buku Puteri Sarah: Terus Melangkah yang berlangsung di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai buku Puteri Sarah: Terus Melangkah, aktres berusia 36 tahun itu berkata, naskhah berkenaan bakal mendedahkan kisah peribadinya yang sebenar yang tidak pernah dikongsikan kepada umum

Malah, naskhah tersebut difahamkan penuh dengan singkapan peristiwa, tragedi, dan momen-momen jatuh bangun ibu kepada dua cahaya mata itu.

Buku ini mengenai positiviti untuk melangkah ke depan tanpa menolah ke belakang semula. Memandangkan ramai yang datang kepada saya bertanyakan bagaimana saya dapatkan kekuatan.

Ada yang ingin pinjam sifat positif dalam diri saya. Oleh itu, saya membuat buku ini supaya orang ramai boleh membaca perjalanan kisah hidup saya.

Buku ini bukan cerita benda yang tidak elok atau membuka aib sesiapa, hanya menceritakan perkara yang baik-baik sahaja.

Ramai yang tidak tahu saya di belakang tadbir macam mana orangnya. Mungkin ada yang bertanya saya ini dulu seorang yang bagaimana hidupnya, zaman belajar saya, kehidupan saya dengan keluarga dan sebagainya.

Jadi dalam buku ini menceritakan sisi lain yang tak pernah saya kongsikan kepada umum.

Turut bersama pada majlis pelancaran ialah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang bersama penulis utama buku yang juga pengurus serta kawan rapat Puteri Sarah, Emi Anvepa.

Sementara itu, turut kelihatan ibu dan keluarga mertua Puteri Sarah iaitu Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah pada majlis berkenaan.

Buku terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk pre-order di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama sebelum 31 Mei 2023. Harga asal adalah RM49.90.

Sumber: padumedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button