“Siapa yang tak gembira dapat jumpa kekasih syurga” – Enam bulan tahan rindu, akhirnya Adam Shahz dapat jumpa anaknya
SELEPAS enam bulan tidak bertemu, akhirnya pelakon Adam Shahz dapat berjumpa anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia pada hujung minggu lalu.
Kata Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, dia berpeluang bertemu Ivy selepas mengadakan perbincangan antara pihak peguamnya dan bekas isteri Fatin Afeefa.
“Siapa yang tak gembira dapat jumpa kekasih syurga. Dah lama tak jumpa, jadi memang sangat bermakna. Kami banyak luangkan masa di rumah bersama anak-anak saudara lain.
Adam Shahz syukur dapat jumpa Ivy.
“Peguam saya dan peguam bekas isteri berbincang untuk saya berjumpa anak. Jadi dapatlah jumpa selama empat hari.
“Selepas ini tak tahu lagi bagaimana. Saya pun tidak boleh bercakap banyak kerana perbicaraan tentang hak penjagaan anak masih berjalan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Sebelum itu, Adam memuat naik beberapa video memperlihatkan dia meluangkan masa bersiar-siar bersama Ivy di laman Instagram miliknya.
Sementara itu, Adam turut berharap prosiding kes tuntutan penjagaan anak pada 17 April depan akan menemui jalan penyelesaian terbaik.
“Dalam hal ini bukan nak menuntut menang tapi hanya mahukan keadilan buat kedua-dua pihak.
“Saya pun tak boleh ambil terus anak sebab Fatin adalah ibunya. Begitu juga sebaliknya. Semoga perbicaraan akan datang dapat menemui jalan penyelesaian terbaik,” jelasnya.
Kalau boleh tak nak ganggu emosi dia.
ADAM SHAHZ
PELAKON
Ditanya adakah Ivy mengetahui mengenai kemelut berlaku antara kedua ibu bapanya, Adam berkata dia tidak bercerita mengenai perkara kerana enggan mengganggu emosi emosi kanak-kanak itu.
“Ivy tidak bertanya dan saya pun tidak beritahu apa-apa kepadanya. Kalau boleh tak nak ganggu emosi dia,” ujarnya.
Pada 28 Januari lalu, Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat dalam proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Adam Shahz tuntut hak penjagaan anak.
Kes itu dibicarakan semula pada 28 Februari lalu namun masih lagi menemui jalan buntu dan mahkamah menetapkan 17 April depan sebagai sebutan semula kes.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.
Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.