Shakilla Khoriri perjelas alasan rahsia pernikahan, kurang senang majlis ‘diceroboh’ orang luar.
PELAKON Shakilla Khoriri meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak membocorkan berita pernikahannya pada pagi Sabtu tanpa kebenarannya.
Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata, dia bukan mahu merahsiakan perkara itu sebaliknya akan berkongsi mengenainya kepada pihak media apabila sudah bersedia.
“Assalamualaikum, kepada semua rakan media yang saya hormati dan cintai.
Shakilla kembali bergelar isteri selepas beberapa tahun menjadi ibu tunggal.
“Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab panggilan atau memberi apa-apa respon berkenaan pernikahan saya.
“Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar tanpa meminta izin untuk berkongsi dahulu mengenai pernikahan saya dan suami kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung,” katanya.
Shakilla berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Sabtu.
Dalam pada itu, Shakilla memberitahu dia memilih merahsiakan pernikahannya itu kerana ingin menjaga hati ahli keluarga.
Shakilla bagaimanapun akan berkongsi tentang perkahwinannya itu secara terperinci apabila sudah bersedia kelak.
“Saya akan kongsi, saya akan jawab dan saya akan berikan kerjasama tapi minta diberi ruang dan masa pada kami.
“Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami.
“Walaupun dia orang yang paling ‘excited’ dan gembira tapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini kepadanya.
Ameena turut mengenakan pakaian sedodon seperti Shakilla dan suami.
“Dia tetap keutamaan saya dalam apa pun keadaan dan perkara dan merupakan amanah Allah kepada saya,” luahnya.
Pada pagi Sabtu, Shakilla kembali bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Fariz Zulkepley.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Shakilla sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Janurai 2018 namun mengumumkan perpisahan mereka pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda