“Setuju tak kalau saya ‘s0nd0l’ Syamsul daripada Ira Kazar?Wanita tawar diri jadi isteri ketiga Syamsul Yusof
PETALING JAYA – Geram dengan Ira Kazar yang kini menjadi isteri kedua Syamsul Yusof, seorang wanita menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga pengarah popular tersebut.
Menerusi video tular dimuat naik pada TikTok, wanita tersebut yang menggunakan nama akaun @mexxrenn_ menyatakan hasrat tersebut sekali gus menerima maklum balas menggalakkan daripada netizen.
“Setuju tak kalau saya ‘sondol’ Syamsul daripada Ira Kazar? Kau sabar jap (kejap) Ira Kazar.
“Saya ‘on the way’ jadi bini nombor tiga Syamsul Yusof. Baru kau tahu macam mana rasanya laki kena rampas,” katanya pada video tersebut.
Dalam pada itu, wanita itu meminta netizen bersabar kerana mahu ‘mencari jalan’ mendapatkan Syamsul.
“Sabar guys tengah cari cara macam mana nak rampas Syamsul daripada Ira,” ujarnya.
Dalam masa sama, wanita itu turut memuat naik video kedua pada TikTok berserta kapsyen.
“Kalau ada rezeki, I akan jadi bini nombor tiga Syamsul Yusof ya. Biar bini nombor dua itu tahu macam mana rasanya kena rampas,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, netizen memohon wanita itu mempercepatkan misi untuk menjadi isteri ketiga Syamsul.
“Buat kerja cepat sikit sis, tak sabar saya mahu lihat hasilnya,” kata seorang pengguna TikTok.
“Setuju, teruskan bagi dia merasai sama. Hancurnya sekeping hati,” kata pengguna yang lain.
Selain itu, ada juga netizen memuji kecantikan wanita tersebut dan memberi sokongan supaya dia melakukan tindakan merampas Syamsul.
KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab andaa