“Selama 10 tahun…” -Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000 selama tidak terbabit dunia seni
Kuala Lumpur: Pendakwah dan selebriti, Shamsul Ghau Ghau mendedahkan terpaksa menggunakan kesemua wang simpanan berjumlah RM300,000 bagi menampung kos sara hidup keluarga sepanjang tempoh 10 tahun mengikuti pengajian al-Quran.
Shamsul atau mesra disapa Pak Su berkata, dia turut menjual beberapa aset lain demi menyara keluarga sepanjang tidak terbabit dengan dunia seni.
“Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis digunakan.
“Dua buah rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor turut saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.
“Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000.
“Jadi bayangkan selama 10 tahun tidak terbabit dengan dunia seni, macam mana nak dapat duit. Kenalah guna apa aset yang ada,” katanya.
Menurut Shamsul, dia kini sudah mendapat sijil tauliah sebagai penceramah dan berharap pintu rezekinya akan semakin terbuka luas.
“Saya hilang kerja dan tiada tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu memang saya gunakan untuk mempelajari al-Quran.
“Saya dapat tawaran belajar al-Quran di Mesir, tapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana anak saya masih belajar dan ada yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia.
“Tujuan ambil tauliah bukan nak riyak, tetapi ingin buktikan sesiapa sahaja boleh belajar al-Quran tanpa mengira had umur. Apa yang penting adalah fokus.
“Alhamdulillah sekarang saya dapat buat kemunculan semula dalam industri seni. Anak-anak pun makin besar, jadi saya perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shamsul kini sedang mengacarakan program Pentas Marhaban yang bersiaran setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah bersama Tilmiz Fahmi.
Sumber:Harian metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.