Hiburan

“Saya Sudi Hadiahkan Satu Phone” – Adi Putra ber4ng Kembara Studio gagal dihubungi, enggan sertai promosi filem di Jakarta

TIADA angin tahu sahaja pokok bergoyang… Tindakan pelakon, Datuk Adi Putra meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak pengurusan penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan iaitu Kembara Studio Sdn Bhd menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

Adi atau Muhammad Hadi Putra Halim, 41, menjelaskan selepas cubaan beberapa kali menghubungi pihak berkenaan gagal dia terpaksa menggunakan medium media sosial.

Difahamkan, luahan tidak puas hati itu berkaitan dengan tayangan filem tersebut di Jakarta, Indonesia selain memaklumkan tidak lagi berminat untuk menyertai aktiviti promosi Mat Kilau di negara berkenaan.

“Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd, andai tidak cukup handphone (telefon bimbit) kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu handphone agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

Luahan perasaan Adi Putra terhadap pihak Kembara Studio.

“Akan kerana ini saya menfaatkan di media sosial agar mesej saya sampai ke pihak Kembara Studio dan InsyaAllah saya tidak akan hadir ke tayangan gala filem Mat Kilau di Jakarta. Terima kasih,” jelas menerusi Instagram.

Filem arahan Syamsul Yusof itu bakal ditayangkan di Indonesia pada 31 Ogos ini.

Susulan daripada itu, terdapat beberapa selebriti lain turut memberi sokongan ekoran pendedahan tersebut.

Pelakon yang turut terlibat dalam naskhah terbabit, Johan As’ari yang turut mengambil keputusan untuk tidak ke Jakarta sekiranya aktor itu berbuat demikian.

Pelakon Johan As’Ari antara yang memberi sokongan kepada Adi Putra.

“Kalau abang Kilau tidak hadir ke malam gala filem Mat Kilau di Jakarta, Yassin berat hati untuk ke majlis tersebut,” kata Johan As’ari.

Beberapa pengguna media sosial lain turut meluahkan rasa hampa dengan tindakan Kembara Studio apatah lagi filem tersebut berjaya meraih kutipan hampir RM100 juta.

“Industri kita baru sahaja berkembang, mengapa perkara begini boleh berlaku,” kata netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button