Hiburan

“Saya dah pernah dua kali gagal” – Lima tahun menduda, Esma Daniel selamat bergelar suami Nur Atira

PELAKON Esma Daniel menamatkan zaman duda apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya iaitu Nur Atira Mazlan, 31, pada Sabtu.

Berkongsi berita gembira itu, Esma, 54, berkata, mereka disatukan sebagai suami isteri pada upacara yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kajang, Selangor.

Kata Esma, meskipun sudah mempunyai pengalaman berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini namun tetap gementar apabila dinikahkan sendiri oleh bapa mentuanya, Mazlan Abd Malik.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Kami bertunang pada 22 Januari lalu dan pada awalnya rancang ‘ikat’ selama setahun sebelum nikah. Tetapi rasanya elok disegerakan apabila keluarga pun merestui hubungan kami.

Esma sudah lima tahun menduda.

“Saya sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Walaupun dah ada pengalaman sebelum ini, rasa gementar tetap ada,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Esma berkata, hatinya mula terbuka untuk kembali berumah tangga selepas merasakan Atira adalah pasangan yang sesuai buatnya.

Esma turut berdoa agar perkahwinan kali ini yang terakhir dan berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka.

“Saya dah pernah dua kali gagal dalam rumah tangga. Jadi kali ini mestilah nak pastikan hubungan dengan isteri kekal hingga akhir hayat.

“Lima tahun saya menduda… keputusan untuk kembali berkahwin bukan satu yang mudah. Saya tak mahu gagal lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Esma berkata, sebelum ini dia juga pernah membawa Atira ke lokasi penggambaran agar isterinya itu memahami tugasnya sebagai orang seni.

Ini kerana katanya, pada awalnya penerimaan isteri terhadap kariernya berbeza namun mula memahami apabila sering diajak ke lokasi penggambaran.

Esma berharap perkahwinan kali ini berkekalan sehingga akhir hayat.

“Maklumlah dia bukan seorang pelakon. Jadi saya selalu bawa dia ke set penggambaran supaya dia faham situasi, suasana dan kerja saya,” jelasnya.

Untuk rekod, Esma pernah berkahwin dengan aktres Sherie Merlis pada 1992 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 1997.

Aktor itu kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Nitra Sari Omar pada 2002 namun bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan itu, Esma dan Nitra dikurniakan enam orang cahaya mata.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button