Hiburan

“Saya bukan balu cerai m4ti” – Keluar ketika tempoh Idah, Adira cari rezeki sara 4 orang anak

DIPERSOAL netizen kerana keluar bekerja ketika masih dalam idah, penyanyi Adira Suhaimi menjelaskan dia bukan sengaja melanggar tempoh berkenaan.

Sebaliknya kata Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, dia perlu keluar bekerja bagi menyara empat orang anaknya.

“Saya bukan balu yang cerai m4ti. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.

Adira tidak menuntut sebarang nafkah idah atau mutaah daripada bekas suaminya, Datuk Red.

“Kalau saya duduk rumah, siapa yang nak bagi makan pada anak-anak. Anak yang empat orang dekat rumah siapa nak bagi makan?

“Isteri yang dalam idah selepas kematlan suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan,” katanya.

Adira menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok pada Jumaat.

Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan komen menyokong kenyataan yang dibuat Adira.

Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.

Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah daripada Adnan kerana memahami keadaan bekas suaminya yang sedang berdepan masalah kewangan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button