Hiburan

Riena dan Keith akui bahagia, serasi bersama

Kuala Lumpur : “Ya. Saya sudah temui kebahagiaan saya sekarang.”

Demikian kata pelakon Riena Diana mengenai hubungan istimewa dengan Keith Foo yang baru saja terjalin sejak mereka terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu untuk siaran TV3. 

Riena ketika ditemui berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan agar hubungan cinta yang baru berputik kekal selamanya.

“Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Saya tahu mengenai statusnya  (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini.

“Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya . 

Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang. 

“Saya enggan terlalu memikirkan soal perhubungan ini,  sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Keith berkata, Riena memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diimpikannya dan mereka mempunyai banyak persamaan.

“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini. 

“Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini. 

“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan.  Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula. 

“Sesuatu yang saya sendiri tak sangka akan berlaku dalam hidup saya lagi, tapi ia berlaku sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.

Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar yang kini berusia tujuh tahun. 

Namun, mereka memutuskan bercerai secara baik pada hujung 2019.

Sementara itu, Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya, Nik Afiq berakhir pada penghujung tahun lalu.

Sumber : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button