Hiburan

Ramai kcewa dapat tahu ‘jekfer’ tiada dalam siri tbaru Kampung People 3 sampai ada tak mahu tengok drama tu nanti, ini respon Hun Haqeem

Ketiadaan pelakon Hun Haqeem dalam drama bersiri Kampung People 3 meng.undang pertanyaan ramai peminat.

Menjawab mengenai perkara itu, Hun atau nama sebenar Haqeem Hermy, 24, mengakui k.ecewa dan sedih kerana tidak terlibat dalam musim baharu drama p.opular terbitan TV3 itu.

Sekadar info, Hun Haqeem merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Ariff dalam drama Cari Aku Di Syurga, Qhalish dalam Cinta Belum Tamat Tempoh dan Jaafar dalam Kampung People.

Mohon Peminat Terus Menonton

Sejujurnya, mestilah saya rasa sangat s.edih dan atas sebab-sebab tertentu saya pilih untuk tidak menjawab tentang ketiadaan saya itu.

“Apa sebab saya tak terlibat dalam musim ini mungkin ia adalah satu keputusan yang terbaik untuk semua,” katanya.

Hun mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media ViuUpfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Hun meluahkan rasa terh.aru apabila menerima komen daripada penonton yang memintanya untuk kembali membintangi siri berkenaan.

VIDEO

Saya terharu dengan komen-komen yang diterima. Ramai yang mahukan Jekfer dalam siri itu.

Saya tidak sangka watak tersebut begitu memberi impak kepada orang ramai.

Sayangnya kali ini watak Jekfer tidak ada dalam drama siri popular itu.

“Mungkin selepas ini peminat masih dapat menonton Jekfer lagi. Siapa tahu jika mereka boleh tonton Jekfer di layar perak pula,” ujarnya.

Sementara itu, Hun meminta peminat untuk terus menyokong drama berkenaan meskipun tanpa dirinya sebagai pelakon utama dalam musim baharu ini.

“Saya memang banyak menerima komen peminat kecewa dengan ketiadaan Jekfer sehingga ada yang mengatakan tidak mahu menonton siri itu.

“Kalau boleh janganlah begitu, teruskan menonton Kampung People 3 kerana saya tahu mereka sudah bekerja k.eras untuk memberikan yang terbaik menerusi musim terbaharu ini,” katanya.

Untuk rekod, nama Hun Haqeem menjadi sebutan selepas berjaya menambat hati penonton menerusi watak Jekfer dalam drama Kampung People yang ditayangkan pada Januari 2020.

Drama fenomena itu turut dibintangi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Fizz Fairuz dan Namron.

Lima fakta menarik tentang Hun Haqeem yang tidak diketahui ramai.

1 . Berdarah Kacukan Melayu-Cina

Hun Haqeem mempunyai darah kacukan.

Pelakon berusia 24 tahun ini mempunyai darah kacukan Melayu-cina dan berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Bekas graduan Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM) ini kemudiannya dibesarkan di Kuching, Sarawak.

2 . Drama Cari Aku Di Syurga buka mata peminat

Hun Haqeem membawakan watak Ariff dalam drama Cari Aku Di Syurga.

Membawakan watak Ariff, drama Cari Aku Di Syurga menjadi karya pertama yang mengangkat nama Hun Haqeem.

Kemudian bakatnya makin menyerlah melalui drama Cinta Belum Tamat Tempoh membawakan watak Qhalish.

3. Minat terpupuk semasa latihan industri

Hun mula berkecimpung dalam dunia lakonan ketika menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, The New Straits Times Press (M) Berhad.

Ketika itu dia dilamar untuk membintangi drama Tasbih Usang terbitan Hypptv.

Dia digandingkan bersama Riena Diana dan Nam Rom menerusi drama tersebut.

4. Dilamar syarikat produksi

Kerjaya seni Hun semakin bersinar selepas menyertai syarikat produksi MIG.

Rezeki aktor ini semakin melimpah apabila dilamar untuk bernaung di bawah syarikat produksi Metrowealth (MIG) pada November tahun lalu.

5. Drama Kampung People cetus fenomena

Salah satu babak menarik dalam drama Kampung People.

Mula bersiaran pada 11 Disember 2019, drama Kampung People terbitan KL Motion Pictures membawa nama Hun Haqeem selangkah ke hadapan.

Membawa watak Jekfer (Jaafar), gaya bersahaja Hun Haqeem ternyata berjaya menambat hati peminat.

Drama 13 episod arahan Wan Hasliza Wan Zainudin ini turut menjadi fenomena apabila berjaya menduduki carta trending di laman Twitter saban kali ditayangkan.

Kredit : Mstar | IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button