Hiburan

Pilih rahsia hubungan cinta, Syafie Naswip sah bergelar suami dengan sekali lafaz

PELAKON Syafie Naswip membuat kejutan apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya pada pagi Sabtu.

Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 31, memilih Afiqah Ishak sebagai suri hidupnya dan pasangan itu disatukan sebagai suami isteri di Putrajaya dengan sekali lafaz.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ishak Hamzah dan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.

Majlis pernikahan Syafie dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Pada majlis berkenaan, Syafie menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan serta wang hantaran bernilai RM15,000.

Pernikahan pasangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram milik aktor berkenaan.

Syafie juga dilihat tidak dapat menahan air mata tatkala membaca taklik terhadap Afiqah selepas sah bergelar suami.

Berita pernikahan Syafie mengejutkan banyak pihak kerana tidak ramai yang tahu akan hubungan mereka sebelum ini.

Detik perkenalan

PERTEMUAN di lokasi penggambaran drama Cempaka Melati dua tahun lalu menjadi permulaan bibit percintaan di antara pelakon Syafie Naswip dan isteri Nur Afiqah Ishak.

Kata Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 31, hubungan mereka mula rapat beberapa bulan selepas tamat penggambaran drama tersebut sebelum melangsungkan pertunangan.

“Kami sudah kenal dua tahun lalu. Selepas berlakon sama, kami mula rapat. Kami berjumpa dan secara perlahan-lahan terbit rasa suka.

Syafie dan isteri bernikah selepas dua tahun berkenalan.

“Lepas enam bulan berjumpa barulah kami bertunang,” katanya kepada mStar.

Pada pagi Sabtu, Syafie sah bergelar suami kepada Afiqah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Putrajaya.

Merahsiakan tentang hubungan dan majlis pernikahan tersebut, bagi aktor ini dia lebih selesa agar kisah peribadi tidak menjadi perhatian umum.

Berkongsi perasaan hari bahagia, Syafie akui gementar saat dia diijab kabulkan dengan Afiqah.

“Apabila usia semakin meningkat, saya mula sedar kisah seperti ini hanya orang terdekat sahaja perlu tahu. Biarlah keluarga serta kawan-kawan yang ada ketika susah dan senang sahaja tahu.

“Rasanya masih tidak percaya sudah bergelar suami orang. Tapi sekarang rasa lebih tenang kerana sebelum bernikah jantung seperti nak gugur,” ujarnya.

Bercakap soal cahaya mata, pasangan ini tidak pernah meletakkan sebarang perancangan dan hanya berserah kepada rezeki.

“Kalau dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat kami terima sahaja. Kami tidak mahu merancang.

“Walaupun majlis ini tidak ramai yang datang, tetapi peminat masih boleh saksikan secara langsung di laman sosial saya.

“Terima kasih kepada mereka semua dan terus doakan kebahagiaan kami,” jelasnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button