Hiburan

Pernah ditawarkan masuk GV sebanyak 4 kali.Inilah dia wajah terkini penyanyinya, Min Malik. Walaupun lasak tapi vokal tetap mantap!

Min Malik kini pegawai tentera, pernah popular lagu Flora Cinta. Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya membuatkan ramai menggamit memori apabila dia berkongsikan rasa terkejut kerana terjumpa dengan seorang penyanyi popular sekitar tahun 90-an.

Penyanyi tersebut merupakan Min Malik yang mana lagu-lagunya yang terkenal ketika itu dan salah satu lagu yang masih sahaja menjadi ingatan ramai sehingga kini adalah Flora Cinta.

Fedtri Yahya di perkongsiannya tidak sekadar berkongsikan perkembangan terkini Min Malik yang sekarang menjadi pegawai Tentera Darat dan lebih menarik perhatian ramai juga, penyanyi ini turut menyanyi mencetuskan dalam pada masa sama peminat dapat mendengar suaranya.

Perkongsian Fedtri Yahya dengan kapsyen, “Pertama kali bertemu vokalis Flora Cinta iaitu Min Malik yang kini sepenuh masa sebagai pegawai tentera,” itu membuatkan ruangan komen pula ‘meriah’ dihujani ratusan reaksi ramai peminat.

Min Malik kini pegawai tentera, pernah popular lagu Flora Cinta

 

Bagaimanapun melihatkan pula keruangan komen, kongsi Fedtri Yahya lagi bahawa penyanyi berkenaan pernah ditawarkan menyertai rancangan Gegar Vaganza namun sibuk dengan kerjayanya itu.

“Katanya dah 4x ditawar sertai GV tapi sibuk sebagai penjawat awam”

“Suka sangat lagu ni tau…”

“Harap takde la yang cover lagu ni dengan melodi meleret leret…”

“Wah Min Malik, zaman dulu dia antara penyanyi yang popular”

Masih ingat lagi dengan lagu Flora Cinta? Inilah dia wajah terkini penyanyinya, Min Malik. Dari seorang penyanyi dan pensyarah, Min Malik kini penjawat awam bergelar Kapten ATM. Walaupun lasak tapi vokal tetap mantap!

“Setelah hujan pun berhenti..

Flora cintaku pun bersemi…

Menjadi pepohon tegak merimbun..”

Rakan Artis & Netizen Luah Rasa Teruja
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti seperti Azlan Typewriters dan Faezah Elai meluahkan rasa teruja dan memuji nyanyian Min Malik masih ‘maintain power’.

“Dia malu pulak..Takpa la meh kami sambung..Haa bergegaq rumah kami pakai sora high pitched  .”-Faezah Elai

“@min.malik maintain power madam.”-Azlan Typewriters

“Suka betul dengan flora cinta . Zaman dulu-dulu time sekolah.”

“Lagu zaman sekolah ni.”

“Omg lagu fav zaman remaja .”

Pernah ditawarkan masuk GV sebanyak 4 kali

Dalam pada itu, kongsi Fedtri Yahya turut berkongsi bahawa penyanyi berkenaan pernah ditawarkan menyertai rancangan Gegar Vaganza namun sibuk dengan kerjayanya itu.

” Katanya dah 4 kali ditawar sertai GV tapi sibuk sebagai penjawat awam” tulis Fedtri.

Untuk info, Min Malik merupakan adik kepada bekas pelakon dan pengacara Ary Malik yang meninggI dnia pada Februari 2017 ak1bat pnyakit knser.

Min yang merupakan artis kelahiran Loughborough. Leicestershire, England turut berkongsi kisah permulaan sebelum bergelar penyanyi

” Saya mendapat pendedahan awal menyanyi ini pada usia 10 tahun ketika menyertai Operafest Children Quire.

” Waktu itu saya berpeluang menjelajah banyak negara di Eropah untuk membuat persembahan antaranya di London dan Amsterdam.

” Pengalaman tersebut sekali gus mematangkan perjalanan karier saya sehingga terpilih menjadi penyanyi latar untuk persembahan pentas artis-artis popular tanah air, antaranya Datuk Nash, Aishah dan Maizura Hamzah,” katanya..

Katanya, dia sendiri tidak menyangka akan menjadi artis apatah lagi terjun ke dunia glamour.

” Kisah jadi artis ini sebenarnya kelakar juga. Ketika itu saya dan rakan-rakan pergi ke sebuah kelab di Taman Melawati.

” Waktu itu saya lihat ramai orang dan suasananya agak kecoh. Rupa-rupanya ada pertandingan karaoke. Rakan-rakan semua cabar saya masuk bertanding.

Mereka sanggup kongsi dan beri wang tunai RM50 jika saya berani sahut cabaran.

” Saya terus ke kaunter pendaftaran. Nasib baiklah boleh daftar secara walk-in, tetapi syaratnya kena menyanyi satu lagu Inggeris dan satu lagu Melayu.

” Jadi saya nyanyi lagu Antara Anyer dan Jakarta dendangan Sheila Majid dan lagu Hero nyanyian Mariah Carey.

” Bila umumkan keputusan saya tak dapat nombor pun. Tapi yang untungnya saya dapat RM50 kerana sahut cabaran rakan-rakan,” katanya tertawa.

Tetapi tuah datang tanpa disangka. Beberapa minggu selepas itu dia dihubungi seseorang yang menawarkan peluang kepadanya untuk menjadi artis rakaman.

Album pertama berjudul Flora Cinta akhirnya berjaya diterbitkan pada 1995, ketika dia berusia 17 tahun.

Dia tidak menyangka meniti populariti dalam waktu sesingkat itu apabila lagu-lagu dendangannya berjaya memikat hati pendengar.

Dahulu penyanyi dan pensyarah, kini Kapten di ATM

Menurut bekas pelajar jurusan Performing Arts, Kolej Tunku Abdul Rahman (ITAR) ini, keputusan meninggalkan bidang seni adalah tepat apabila dia mampu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajiannya ketika itu.

Bukan ingin memuji, tetapi ironinya bekas pensyarah Dasein Academy of Art ini dilihat memilih laluan tepat dalam mencorakkan kehidupannya.

Bakatnya sebagai tenaga pengajar cukup terserlah apabila ditawarkan menjadi pensyarah di University Of Delaware, Amerika Syarikat pada 2005 hingga 2006 sebelum pulang semula ke tanah air untuk menyambung kerjaya di tempat lamanya.

Pada 2010, dia kemudiannya menyertai Rejimen Askar Wataniah selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara tetap.

Dia yang kini berpangkat Kapten dalam Kor Perkhidmatan Am-Perhubungan Raya mengakui kerjayanya hari ini amat menggembirakan walaupun sentiasa berteraskan disiplin.

Memetik laporan Utusan, Min Malik menceritakan bahawa dia mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi pada suatu ketika dahulu disebabkan usianya yang terlalu muda dan tidak pernah menganggap bidang nyanyian itu sebagai periuk nasi.

Sumber:utusan, trendingsangat

Kredit kepada penulis:Roshihan Annuar Yub

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button