Global

“Niat kami pun baik” – Sebulan kenal terus tunang, Ayu Ting Ting dedah sebab pilih tentera jadi calon suami

PENYANYI Ayu Ting Ting mengakui sudah dilamar oleh seorang anggota tentera Indonesia berpangkat Kolonel bernama Muhammad Fardhana atau lebih mesra disapa Dhana.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina, 32, perkenalannya dengan Dhana bermula pada Januari lalu melalui kedua ibu bapa mereka.

“Kenal pada awal Januari, kami sama-sama sepakat untuk serius dan lamaran dibuat rasanya belum sampai sebulan lagi.

Ayu bersyukur Dhana dapat menerima dirinya seadanya.

“Mungkin memang sudah tertulis jodoh kami. Niat kami pun baik, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” katanya kepada Kompas.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu meski pun baharu sahaja berkenalan, dia sudah selesa dengan Dhana sehingga membuatkan dirinya yakin untuk menerima lamaran lelaki itu.

Kata Ayu, sikap Dhana yang menerima dia dan keluarga seadanya membuatkan dirinya terbuka hati untuk membawa hubungan mereka lebih serius.

“Saya tidak tahulah baru beberapa kali kami bertemu rasanya sudah serasi bersama. Dia seorang yag baik, hormat saya dan sayang anak saya.

“Malah dia juga boleh menerima saya dan keluarga seadanya, itu yang membuatkan saya yakin,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial foto Ayu memakai baju pengantin berwarna putih berdiri di sebelah lelaki yang dipercayai seorang anggota tentera Indonesia.

Ayu dan Dhana berkenalan pada Januari lalu.

Ayu ketika ditemui media Indonesia berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

Untuk rekod, Ayu pernah mendirikan rumah tangga dengan Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013 dan bercerai pada 1 April 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Balqis Khumairah Razak yang kini berusia 11 tahun.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button