Mek Yun tersengeh depan pagar UTHM, wajah terpampang pada billboard gergasi! Sanggup bawa famili ‘drive’ dari KL nak bergambar
PERSONALITI media sosial Mek Yun berkongsi rasa teruja apabila wajahnya terpampang pada billboard gergasi di hadapan kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor.
Menurut pemilik nama sebenar Wee Yun Nee itu, dia sebenarnya sudah dimaklumkan mengenai hal itu ketika majlis graduasi pada Mei lalu, namun tidak pernah tahu mengenai saiz sebenar billboard tersebut.
“Saya konvo pada bulan Mei. Sebelum tu pihak UTHM ada approach saya, tanya mengenai hal itu. Ketika konvo, mereka arrange untuk photoshoot.
“Saya ingat billboard kecil yang biasa, baru tahu rupa-rupanya ia bersaiz besar. Ramai yang tengok billboard itu, mereka maklumkan pada saya.
“Jadi pada Jumaat lalu, saya bersama keluarga berangkat ke UTHM untuk melihat sendiri billboard berkenaan. Apabila sampai di sana, saya memang terkejut dengan saiznya,” ujar gadis berusia 25 tahun itu.
Bercerita lanjut, Mek Yun berkata keluarganya juga turut teruja apabila dapat menyaksikan sendiri serta bergambar kenang-kenangan di hadapan billboard berkenaan.
Sekarang saya full time bekerja dan part time sebagai content creator.
MEK YUN
Tambah graduan bidang Kejuruteraan Elektrik itu, dia juga terharu apabila menerima kiriman mesej daripada pelajar yang menganggap pencapaiannya sebagai satu sumber inspirasi.
“Saya rasa teruja tengok wajah saya seorang dalam billboard. Saya anggap ia satu pencapaian, mak ayah pun terkejut. Kami menjerit dalam kereta ketika tengok billboard di entrance kampus.
“Ada juga pelajar yang hari-hari lalu di hadapan billboard tu, mereka kata ia menjadi inspirasi untuk mereka,” ujarnya yang sudah bekerja dengan syarikat penerbangan AirAsia sejak Jun lalu.
Bercerita mengenai graduasinya Mei lalu, Mek Yun turut bersyukur apabila dia turut dikurniakan Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik.
Melihat akan pencapaian itu, Mek Yun berkata ia merupakan cerminan kepada kerja kerasnya sepanjang bergelar pelajar dan turut menganggapnya sebagai hadiah terindah buat keluarga.
“Saya rasa sangat terharu. Lima tahun saya belajar dalam bidang ini, bukan senang nak dapat anugerah. Selepas terima anugerah, saya rasa terbalas kerja keras selama ini.
Mek Yun meraih dua anugerah ketika majlis graduasi Mei lalu.
“Saya pun dah bekerja, ini masa untuk saya berbakti kepada mak ayah. Ini masa untuk saya beri semula kepada keluarga. Dengan pendapatan yang diperoleh, saya mahu fokus kepada diri dan keluarga.
“Kepada pelajar-pelajar lain, mindset sangat penting. Anda kena tetapkan sasaran dan kena kerja keras. Pada masa sama, jangan lupa untuk have fun.
“Jangan stres, sebaliknya kena pandai bahagi masa dan have fun untuk jaga kesihatan mental kita,” ujar influencer berbangsa Cina itu yang pernah tular kerana video bertutur dalam dialek Kelantan.
Mek Yun bersama keluarganya melawat billboard gergasi di kampus UTHM.
Menurut Mek Yun, dia mahu fokus pada kerjaya namun pada masa sama enggan melupakan minatnya sebagai content creator.
“Saya gembira dengan kerja saya. Walaupun mencabar, ia membuatkan saya gembira. Kiranya sekarang saya full time bekerja dan part time sebagai content creator,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, gadis yang turut digelar beauty with brain itu mempunyai lebih 630,000 pengikut di TikTok dan 226,000 pengikut di Instagram.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda