“Mak saya baru saja habis idah” – Erysha Emyra kongsi keadaan ibunya Noniswara, selepas pemergian bapa tiri
ANAK kepada pelakon Datin Seri Noniswara iaitu aktres Erysha Emyra memberitahu ibunya dalam keadaan baik selepas pemergian bapa tirinya, Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad pada Oktober tahun lalu.
Menurut Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, ibunya baru sahaja menamatkan tempoh idah kira-kira dua minggu lalu dan tidak sabar untuk berjumpa orang ramai.
“Mak saya baru saja habis idah, saya rasa dalam seminggu ke dua minggu lalu. Buat masa ini dia baik-baik saja. Alhamdulillah.
Noniswara sudah tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan.
“Cuma, iyalah dia macam nak sangat keluar jumpa orang. Sebab sudah lama sangat duduk rumah kan?” katanya kepada mStar.
Erysha berkongsi perkara itu semasa ditemui di Majlis Tayangan Program Ramadan Astro 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Khamis.
Sejak pemergian bapa tirinya, ibunya berdepan dengan pelbagai kecaman orang ramai disebabkan timbul dakwaan Noniswara merupakan isteri kedua.
Erysha bagaimanapun memberitahu ibunya tenang dan kuat berdepan kata-kata netizen itu.
“Dia okay… dia seorang wanita yang kuat dan tabah. Dia boleh saja (terima kecaman),” kongsinya.
Dalam pada itu, Erysha memberitahu dia masih belum sempat meluangkan masa bersama ibunya kerana sibuk dengan penggambaran.
Bagaimanapun, mereka kerap berhubung melalui panggilan telefon.
“Bila seorang ibu kehilangan suami, sudah tentu saya akan cuba sedaya upaya untuk berada disisinya. Memang semasa ayah tiri saya meninggal, saya terus masuk set.
Erysha kerap hubungi ibu untuk bertanya khabar.
“Tak sempat nak luangkan masa bersama mak tapi kami banyak berhubung melalui panggilan telefon,” luahnya.
Sementara itu, Erysha juga memaklumkan hubungannya dengan kakak tiri yang juga merupakan isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar berada dalam keadaan baik.
Untuk rekod, Noniswara berkahwin dengan Sheikh Nordin sejak tujuh tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan yang ketiganya.
Pada 1 Oktober tahun lalu, Sheikh Nordin menghembuskan nafas terakhir akibat strok otak kira-kira pukul 10.18 malam di sebuah pusat perubatan swasta Kuala Lumpur.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda