Kenyataan Azhar Sulaiman bukan cermin pendirian anak, Leona sendiri tak faham pemikiran bapanya
SUSULAN kenyataan dikeluarkan pelakon Azhar Sulaiman mengenai P4lestin, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona menegaskan pendiriannya berbeza dengan bapanya itu.
Leona, 22, berkata, walaupun Azhar adalah bapanya namun dia sendiri tidak faham dengan pemikiran Azhar dan enggan dikaitkan dengan kenyataan aktor tersebut.
“Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pendirian saya dan saya sangat menentang Israel dengan pembvnvhan beramai-ramai yang berlaku di P4lestin.
Kenyataan Leona di laman X miliknya.
“Pandangan kami berbeza dalam pelbagai perkara dan saya sendiri gagal memahami cara dia berfikir.
“Jadi tolong jangan anggap hanya kerana kita mempunyai pertalian darah, kita ada pandangan yang sama,” jelasnya.
Leona berkongsi perkara itu menerusi laman X miliknya.
Dalam pada itu, Leona berkata, pengalaman berkunjung ke P4lestin sebelum ini membuka mata dia melihat sendiri kekej4man yang dilakukan Zi0nis.
Malah katanya, kekej4man itu sudah lama berlarutan dan ia bukan hanya tentang kejadian 7 Oktober tahun lalu.
“Saya sedar kekej4man yang dilakukan oleh Israel dan mengakui bahawa pembvnvhan beramai-ramai ini sudah bermula sebelum 7 Oktober,” katanya.
Sebelum ini, Azhar menerima kec4man netizen apabila meluahkan pendapat bahawa artis Malaysia yang lantang bersuara mengenai isu boikot agar berpindah ke G4za dalam membantu rakyat P4lestin yang kini dalam peper4ngan.
Kongsi Azhar, rakan artis hanya lantaang bersuara melakukan gerakan boikot sedangkan mereka juga hidup gembira di tanah air sendiri.
Bagaimanapun, pelakon filem Abang 92 itu dilaporkan sudah memadam hantaran tersebut di Instagram miliknya.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda