Hiburan

“Jangan gitu Hidayah… Duit faraid dah masuk akaun, hutang kalah mahkamah je belum” – Ali Puteh

PELAWAK Ali Puteh meminta bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah untuk berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berunsurkan fitnah terhadap dirinya hingga mengakibatkan dia dikecam teruk oleh netizen.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata dia sudah penat dengan segala kecaman yang dilemparkan netizen dan mahu memberikan fokus kepada keluarga.

“Kepada bekas kakak ipar saya iaitu Hidayah sudah-sudahlah keluarkan kenyataan yang boleh buat orang pandang hina kepada saya serta maki hamun… pembahagian harta pun sudah dapat bulan lepas.

“Sampai bila nak biar masyarakat mengata dekat saya makan harta anak yatim? Itu tak benar, fasal hutang ya betul saya kalah kes mahkamah, tak apa saya okay, saya cuba untuk bayar,” kata Ali kepada mStar.

 

Dalam pada itu Ali turut meminta supaya bekas kakak iparnya itu tampil menjelaskan secara terperinci mengenai pembahagian harta milik arwah Abam yang diterima sebelum ini bagi mengelakkan timbul sebarang kemusykilan.

“Saya minta jasa baik satu saja, tolong buat video dan jelaskan mengenai faraid seperti mana yang pernah cakap pada tiga tahun lepas… di mana dulu kata tak dapat duit,” ujarnya.

 

 

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button