Global

Isteri kedua sedang ham1l, suami nlkah lagi! Wanita umur 20 tahun ser0n0k jadi isteri ketiga… Kakak-kakak madu hadir bergambar mesra

HARI bahagia lelaki ini lebih bermakna apabila dua suri hatinya hadir pada majlis pernikahannya dengan isteri ketiga baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik sorang pengguna TikTok, kelihatan lelaki ini sedang bergambar dengan ketiga-tiga isterinya dalam majlis tersebut dengan wajah ceria.

Menurut laporan Wolipop, wanita dikenali sebagai Alqia Zahra, 20, yang merupakan isteri ketiga dalam rumah tangga tersebut memaklumkan dia mengenali suaminya secara tidak sengaja.

“Pada 6 Disember 2022, kami bertemu secara tidak sengaja dan kebetulan suami mengenali bapa saya.

“Pada awalnya, dia bergurau mengenai hasrat menjadikan saya isteri ketiga, namun ternyata memang kami berjodoh,” katanya.

Tangkap layar video menunjukkan suasana majlis perkahwinan.

Bukan itu sahaja, Alqia turut mendedahkan dia mendapat restu daripada dua orang lagi madunya.

Difahamkan juga, isteri kedua suaminya itu sedang hamil namun Alqia menzahirkan rasa kagum dengan kesabaran serta personaliti wanita terbabit.

“Madu-madu saya ternyata orang yang amat penyabar, apatah lagi isteri pertama. Entah bagaimana yang boleh membuatkan dia mempunyai rasa sesabar itu.

“Isteri kedua pula kini sedang hamil, namun dia tetap sabar dan baik hati. Mereka semua orang yang hebat,” ujarnya lagi.

Bahkan, isteri kedua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lutvi Seftia Rahmat, 21, itu memberitahu dia sudah memberi keizinan kepada suaminya untuk bernikah lagi. –Wolipop

Kredit: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button