Hiburan

“Ini semua rezeki anak termasuk yang sedang dikandung” – Fizo Omar Terima ‘Durian Runtuh’

Bakal menyambut cahaya mata ketiga perempuan dijangka hujung Mei depan, Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri Azrai mengakui teruja dan bersyukur dengan rezeki dikurniakan.

Ia termasuk diumumkan sebagai duta produk kesihatan kanak-kanak berasaskan habbatus sauda, Mamz baru-baru ini.

Fizo percaya rezeki lantikan sebagai duta jenama berkenaan bersama isteri dan anaknya Wan Khaleeda, ibarat rezeki anak dan umpama durian runtuh.

Untuk rekod, selain Wan Khaleeda, Fizo juga mempunyai anak pertama, Wan Maryam hasil perkongsi perkahwinan pertamanya.

Fizo atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar mengumumkan isterinya kini hamil lapan bulan.

“Ini semua rezeki anak termasuk yang sedang dikandung isteri saya kini. Isteri saya disahkan mengandung anak kedua ini, di saat Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan. Nama pun rezeki kami terima dengan lapang dada.

“Tapi saya sebagai suami dan bapa sejujurnya terkejut dengan berita kehamilan ini di saat Wan Khaleeda masih kecil dan memerlukan perhatian,” kata Fizo.

Mengenai tawaran dan lantikan sebagai duta jenama itu, Fizo awalnya ragu-ragu menerimanya.

Fizo bercakap sesuatu mengenai lantikannya sebagai duta Mamz di samping isteri dan anak

“Takut juga terima tawaran produk kesihatan seumpama ini. Jika tidak berkesan nanti orang akan salahkan kita pula. Dipendekkan cerita pada suatu hari, kakak saya ada datang ke rumah.

“Kakak memang sudah ada anak. Saya pun terus buka cerita, dapat tawaran untuk berkolaborasi dengan produk ini. Rupa-rupanya, kakak pun sudah lama menggunakannya sejak anak pertama lagi.

“Akuinya, ia memang bagus dan bebas bahan kimia. Tambah pula ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, buat apa nak ragu. Sejak itu, saya sendiri menggunakan produk ini untuk Wan Khaleeda. Saya pun sudah jatuh hati dan akan sapu krim produk berkenaan ke atas badan Wan Khaleeda selepas mandi dan sebelum tidur.

“Hasilnya anak tidur lebih lena dan susah terkena kembung. Bau pun segar, rasa nak cium sepanjang hari.” kata Fizo.

Mengenai jantina anak ketiganya yang juga perempuan, Fizo hanya mampu bersyukur.

“Alhamdulilah, sekali lagi Allah memberi amanah kepada saya untuk menjaga seorang lagi puteri. Kehadiran bakal puteri ini akan melengkapi hidup kami,” kata Fizo sambil memberitahu isterinya bakal melahirkan anak mereka hujung Mei ini.

Pengumuman jantina anak ketiga Fizo itu diumumkan secara eksklusif di majlis Mamz Crazy Rich Night di Hotel Zenith, di sini, 11 Mac lalu.

Sumber: murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button