“Ini merupakan pembed4han saya yang kesepuluh.” – Naz Rahman susut 14 kilogram, hidap tum0r dalam perut
PENGACARA dan pelakon siri televisyen Liar, Naz Rahman mendedahkan dirinya kehilangan lebih 14 kilogram berat badan selepas menjalani pembedahan membuang tum0r dalam perut jenis gastrointestinal stromal tum0r (GIST).
Pembedahan yang telah dilakukan sejak lebih empat tahun lalu itu mengurangkan 15 peratus saiz perutnya sekali gus menyusutkan jisim badannya terutama di bulan Ramadan.
“Saya pernah ada tum0r di dalam perut, dah lebih empat tahun keadaan begitu juga. Ramai yang tanya kenapa saya kurus, ‘kau ni hisap dad4h ker?’. Tapi dari dulu sampai sekarang sebab perut saya dah kurang 15 peratus.
“Apabila bulan puasa berat badan saya akan menjadi semakin susut sampaikan produksi pun banyak tanya adakah saya sakit? Ya memang betul saya sakit, tapi insya-Allah masih boleh bekerja.
“Alhamdulillah, tum0r itu dah berjaya dikeluarkan dan saya perlu menjalani check up setiap tahun. Setiap tahun apabila doktor dimaklumkan keadaan saya bebas dari tum0r, saya bersyukur dapat kembali bekerja,” katanya kepada Gempak.
Naz yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Rahsia Gaya Raya Watson di Ampang, Kuala Lumpur kelihatan semakin cengkung dan berbeza berat badan berbanding sebelum ini.
Bukti ketara kata Naz, 44, apabila baju yang dipakai pada majlis sama yang pernah disarung ketika akad nikah 15 tahun lalu kini sudah longgar.
“Jujur saya katakan saya hilang 14 kilogram. ini pakaian yang dipakai waktu berkahwin, Cukup fit badan. Tapi sekarang bahu dah jatuh. Semua dah susut dan saya tidak boleh tambah berat badan.
“Jadi saya nak ambil kesempatan ini bagi peminat yang bertanya kenapa kurus. Maaf saya tidak suka uar-uarkan penyakit ini akan berpanjangan dan saya akan macam ini sampai bila-bila tetapi tetap ceria.
“Saya boleh makan macam biasa. Bila buka makan sikit sahaja,” tambahnya.
Masih ceria seperti sedia kala, Naz berkata dia perlu kuat untuk isteri Sheahnee Iman Lee dan tiga cahaya matanya, Zara Aaliyah, Zakry Aiman, Zayd Aakil.
“Ini merupakan pembedahan saya yang kesepuluh. Macam-macam dugaan dalam hidup ini, apa yang jadi ujian dari Allah, tetapi macam mana reaksi kita kepada ujian itu yang penting. Saya ada pilihan nak sedih, down, depress…, memang patut tetapi demi isteri dan anak-anak saya tak mahu.
“Saya masih boleh bekerja, saya masih ada nyawa, boleh merasa nikmat kehidupan dan saya masih hendak melihat anak-anak membesar. Jadi saya ambil keputusan untuk positif!” tutup kata Naz.
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.