Hiburan

Ini Kata Kata Pelakon Nadya Syahera Selepas MBSA Datang Dan ‘Rampas’ Semua Barang Niaga Dia

Pelakon Nadya Syahera kesal dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bersikap tidak adil dengan merampas barang perniagaannya di tepi jalan.

Kata Nadya dia akui kesalahan yang dilakukan namun mempersoalkan mengapa hanya gerai buah-buahannya sahaja yang dirampas sedangkan terdapat peniaga tepi jalan yang lain yang berada di situ.

“Kadang-kadang memang kesal betul dengan sesetengah pihak yang kurang berlaku adil dalam situasi-situasi begini.

Bukan tak puas hati sebab kena sam4n dan tak boleh meniaga tapi kesal sebab adil tu tak ada.

 

“Kalau nak angkut (rampas barang niaga), biar semua kena. Khemah kami kena dan kedai mamak berhampiran kena angkut meja yang dilipat dan letak tepi tak guna pun, tapi tetap kena. pelik juga.

“Kemudian gerai yang lain mungkin sekadar sam4n tapi barang tak dirampas seperti kami,” luahnya.

Pelakon The Maid musim pertama itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik rakaman video saat barang perniagaan dia dan suaminya dirampas.

Dalam pada itu, Nadya tidak menolak jika ada pihak yang cuba untuk bersikap tidak puas hati membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Dan jika betul ada yang report tentang kami, kami okay je dan dah biasa kena pun. Cuma kalau Melayu cuba tindas Melayu. Kamu boleh kaya dunia akhirat ke guna cara macam ni,” persoalnya.

Bagaimanapun, Nadya memberitahu dia dan suami reda dengan apa yang berlaku.
“Saya dan suami insyaAllah okay je. Kami reda dan buah-buah yang tak boleh jual tadi. Alhamdulillah ada yang dah borong semua. Allah maha baik,” kongsinya.

KENYATAAN PENUH DAN VIDEO:

Yang ada kuasa, tak ada nak cakap selain tolong berlaku ADIL sahaja.

Kami bukan sekali kena, ya tahu SALAH sebab meniaga tepi jalan dan tinggal barang jualan kt situ.

Nak saman, nak rampas okay kami terima sebagai hukuman buat SALAH meniaga tepi jalan tu.

Isu nya tadi, 1) meniaga tepi jalan dan simpan barang kt situ. 2) Menggaji pekerja asing.

kata beberapa org MBSA yg dtg td, MBSA dapat report dan terus datang angkut semua peralatan jualan kami kecuali Buah-buahan kami.

Sejujurnya saya dan suami tak marah sebab kena rampas atau saman sebab mmg kami SALAH tp persoalannya kenapa dituju tuju sahaja nk rampas atau saman.

Ada stall yg ditinggal tepi jalan tak diambil, ada yg menjual tapi tak semua peralatan dirampas sperti kami.

Ada Khemah lain tak dirampas atas alasan ada org tempatan walaupun ada pekerja kosong disitu.

Sedangkan kami, berulang kali disoal kenapa bg bangla jaga? kenapa bg warga asing jual sedangkan pekrja kami ada permit berbanding khemah lain.

Sy tekankan disini kerana, ada seorang pihak MBSA siap ugut tadi masa tgh merayu jgn ambil semua brg, kesian staff nak kerja, terus dia cakap ‘ eh staff awak ni pun kami boleh angkut, boleh kena denda 10k sorang.’ 

Hmm kadang2 mmg kesal betul dengan sesetengah pihak yg kurang berlaku ADIL dalam situasi2 begini.

Bukan tak puas hati sebab kena saman n tak boleh meniaga tapi KESAL sebab ADIL tu tak ada. tu je. Kalau nak angkut, biar semua kena.

Khemah kami kena dan kedai mamak berhampiran kena angkut meja yg dilipat n letak tepi tak guna pun, tapi tetap kena. Pelik jugak. Pastu gerai yg lain mungkin sekadar sam4n tapi brg tak dirampas seperti kami. Hmmm

Dan jika betul ada yg Report tentang kami, kami okay je and dah biasa kena pun. Cuma kalau melayu cuba t1ndas melayu. Bro Sis,awak boleh kaya dunia akhirat ke guna cara macamni.

Tapi korang, saya dan husband insyaAllah okay je. Kami redha dan buah2 yg tak boleh jual tadi, Alhamdulillah ada yg dh borong semua. Allah maha baik.

 

Sumber : GEMPAK

Kredit: Awattt Sheikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button