Viral

Ibu, 2 anak kongsi tarikh lahir sama, bapa dipuji pandai ‘setting’ masa! Isteri dedah teknik, rahsia digunakan suami

 

BUKAN seorang, tapi dua anaknyai mempunyai tarikh lahir sama dengannya.

Percaya atau tidak, namun itulah hakikat kehidupan wanita ini, menunjukkan kad pengenalan (IC) masing-masing.

“Mesti meriah kalau sambut birthday.

“Pandai ayah setting timing,” demikian antara komen netizen menerusi video yang tular.

Wanita berkenaan, Nurfahtiha Tahir tidak menyangka kedua-dua anaknya dilahirkan pada hari ulang tahunnya, sekali gus bersyukur dan gembira dengan persamaan itu.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, dua anak perempuannya, Aisyah Safiyyah Ahmad Shukri, 4, dan Alessya Sumayyah Ahamad Shukri, 1, dilahirkan pada 11 September.

“Buat masa ni, saya ada dua anak saja. Si kakak lahir pada pukul 10.45 pagi manakala adiknya jam 5.45 petang, kedua-duanya pada 11 September.

“Memang saya seronok dapat sambut birthday bersama dengan dua anak, dan saya rasa special sebab tak ramai orang dalam dunia ni dapat momen dua anak sama tarikh lahir dengan ibu mereka,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tia dan dua anaknya dilahirkan pada 11 September.

Lebih mesra disapa Tia, wanita ini mendedahkan terdapat kisah di sebalik persamaan tarikh lahir dengan kedua-dua anak perempuannya.

“Kisahnya, saya dan suami pernah sembang bergurau nak anak lahir sama birthday dengan saya. Sebabnya masa tarikh kahwin kami dulu, saya sebenarnya nak buat pada tarikh birthday saya tapi tak dapat sebab clash dengan tarikh kahwin abang kepada suami.

“Suami yang rancang agak-agak tarikh anak ‘keluar’ sebab anak pertama due date 12 September 2018 dan anak kedua pula 9 September 2021.

“Tapi sebelum masing-masing lahir, suami yang banyak bercakap dengan anak dalam perut supaya keluar pada 11 September. Dengan keluarga pun dia beriya cakap macam tu. Orang cakap masin mulutlah,” ujarnya berkongsi ‘teknik’ dan rahsia yang diamalkan suami.

Tia dan suami mendirikan rumah tangga pada 11 November 2017.

Justeru, wanita yang berasal dari Tawau, Sabah ini begitu yakin suaminya akan sentiasa mengingati tarikh lahirnya bersama dua anak memandangkan perkara itu yang dihajatinya.

“InsyaAllah suami tak akan lupa sebab dia antara yang nak sangat anak-anak sama birthday dengan saya,” katanya sambil menambah selain tarikh lahir, mereka bertiga begitu sukakan coklat.

Ada yang tak percaya sehingga saya kena keluarkan IC untuk tunjuk bukti.

NURFAHTIHA TAHIR

Berkongsi momen lucu, Tia yang merupakan penyelia spa kecantikan dan kesihatan berkata, terdapat segelintir pihak tidak mempercayai dia dan dua anaknya memiliki tarikh lahir sama.

“Apabila saya beritahu tarikh lahir dua anak sama dengan saya, ada yang tak percaya sehingga saya kena keluarkan IC untuk tunjuk bukti,” ujar Tia yang mendirikan rumah tangga pada 11 November 2017.

Tia (kiri) bersama suami dan anak-anak.

Mengenai komen netizen, paling menarik perhatian wanita ini antaranya mengenai dirinya merupakan satu dalam sejuta yang mempunyai tarikh lahir sama dengan dua anak.

“Dan komen paling lucu netizen banyak cakap mengenai suami pandai setting masa untuk saya bersalin pada birthday.

“Selepas kahwin saya memang plan nak terus dapat anak tapi belum ada rezeki sebab saya datang bulan seminggu selepas kahwin.

“Saya menangis dan suami gelakkan je, kemudian dia kata ‘nanti bulan 12 kita cuba lagi supaya anak pertama sama tarikh birthday saya’ sambil bergurau,” kata Tia yang bersyukur dan menganggap persamaan tarikh lahir itu adalah anugerah dan rezeki daripada Tuhan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button