Hiburan

Engku Emran, Nabila & Erra Hadir Di Majlis Sama, Reaksi Aleesya pula buat Ramai Trsentuh

“Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Cuma, saya padam gambar bersama suami sebab mer4juk.”

Demikian kata usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor mengenai tindakannya memadam gambar dengan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Instagram.

Disebabkan itu, timbul spekulasi mendakwa perkahwinan dibina pasangan itu sedang bermasalah.

Noor Nabila berkata, adat dalam berumah tangga ada pasang surut.

“Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.

“Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya kepada Harian Metro.

 

Terdahlu, Noor Nabila dan suami hadir bersama pada majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari di sini, malam tadi.

Menurut Noor Nabila, dia sedar akan implikasi atas tindakannya itu hingga menjadi bualan dan sorotan pihak media.

“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.

“Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.

 

Video:

Di majlis tersebut juga, bekas isteri serta anak kepada Engku Emran iaitu Erra Fazira dan juga Engku Aleesya turut ada bersama. Namun sebuah rakaman daripada rakan media yang sempat tular di TikTok ini malah memaparkan satu situasi yang cukup awkward.

Remaja tersebut yang duduk di meja bersama ibunya seakan-akan mempunyai reaksi sedih ketika si ayah dan juga ibu tiri berjalanan beriringan di belakang.

Nampak disitu Aleesya sedih macam Erra dulu-dulu dalam cerita Sembilu…Ada maksud yang tersirat di situ ya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Erra sendiri apabila terlihat cukup kuat sejak dari dulu lagi. Dalam pada itu, ramai juga berharap Engku Aleesya juga akan menjadi seorang yang tabah seperti ibunya juga. “Sedih tgk muka aleesya.….. Semoga kamu kuat yea nak…Erra mmg steady respect kat Cara dia yg tenang”

“Nmpak disitu aleesya sedih mcm erra dulu2 dalam filem sembilu” “kalu aku jadi erra tak datang la bawak anak duk um makan maggie lagi bahagia” “nampak tak mata Erra Fazira tengok sapa” “yg aku nmpk erra n ank dia yg tgh duduk dan fikir bila nk mkn.xde kna mngena ngan yg tgh berjalan menuju ke pelamin dan yang diatas pelamin.erra dan anknya cantik”.

 

Komen netizen:

Sumber kisah dunia, Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button