Hiburan

“Hari patah hati antarabangsa” – Ramai terkejut Putera Mateen nak kahwin Januari tahun depan, istiadat berlangsung 8 hari

WAJAH tampan dan senyuman memikat dimiliki Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah membuatkan kerabat diraja Brunei itu menjadi idaman para gadis.

Namun kini pasti ramai yang kecewa apabila anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu bakal bernikah pada 11 Januari 2024.

Putera kacak itu bakal bernikah dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.

Istiadat Perkahwinan Diraja itu bakal berlangsung selama lapan hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.

Pada hari ketiga iaitu pada 9 Januari, akan berlangsung Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja diikuti dengan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada keesokan harinya.

Seterusnya Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari.

Acara kemuncak adalah Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Difahamkan Dayang Anisha ialah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa.

Prince Mateen merupakan anakanda Sultan Brunei, Sulatan Hassalan Bolkiah yang kesepuluh, dan anak lelaki ke empat baginda.

Berkenaan bakal isterinya, wanita bernama Dayang Anisha Rosnah Bintin Adam ini juga merupakan seorang yang dikenali dikalangan keluarga diraja Brunei.

Dayang Anisha merupakan cucu kepada seorang pembesaar Brunei yang kini merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei, iaitu Pehin Dato Awang Isa.

Datuk kepada Anisha ini juga merupakan bekas peguam negara dan juga antara pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei.

Dalam pada itu, dikatakan abang kepada Anisha iaitu Danial Deen merupakan rakan baik kepada Putera Mateen.

Putera Mateen bersama abang Anisha, Danial

Sememangnya ini satu berita yang amat menggembirakan buat rakyat Brunei dan juga orang ramai, semua akan menantikan majhlis perkahwinan Diraja Prince Mateen dan juga Dayang Anisha, semoga dipermudahkan, amin.

Menjengah di media sosial rata-rata warga maya ‘berduka’ kerana buah hati mereka kini sudah berpunya.

“Oh tidak… Putera Mateenku! Saya tak nak percaya ini adalah realiti. Pada saya dia masih single, teruskan angan-angan.

“Musnah impian aku, tapi tetap tumpang bergembira walau hati ni terguris. Hari patah hati antarabangsa, my crush Prince mateen

“Wanita di Malaysia, Brunei dan Singapura akan ‘berkabung’ pada tarikh 11 Januari. Mulakan tahun baharu dengan hati yang patah.

“Majlis lapan hari lapan malam, ini baru betul majlis Diraja,” kata sebahagian warga maya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button