Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah? Ini respon peguam yg mewakili Diana Danielle
Shah Alam: Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili aktres Diana Danielle mengesahkan Farid Kamil tidak dapat memasuki kediamannya sejak awal bulan ini, namun tidak mendedahkan alasan dihalang berbuat demikian.
Akberdin berkata, pihaknya diarahkan melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.
“Melalui JKP, wakil dilantik akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian, sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah.
“Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan berkenaan,” katanya.
Akberdin berkata demikian selepas Farid mendakwa dirinya tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, Diana sejak awal bulan ini.
Dalam tempoh sama, difahamkan pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu juga tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.
Perkara tersebut dimaklumkan pada prosiding permohonan cerai yang difailkan oleh Diana di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi ini.
Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Hakim Shukran kemudian menetapkan 28 Mac ini untuk membolehkan Farid memaklumkan mahkamah wakil bagi pihaknya dalam JKP tersebut.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8
Sumber : HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.