Isu Semasa

Makcik Kemboja berbaju merah dan anak lelaki tiba di mahkamah mengaku tak bersalah kes hina Melayu

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Usahawan kontroversi Mariyah Yaakob atau Makcik Kemboja tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, kira-kira pukul 9 pagi Khamis.

Mariyah, 47, bersama anak lelakinya Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, dibawa dalam keadaan bergari bagi menghadapi pertuduhan membuat kenyataan dan memulakan komunikasi jelik dengan menghina orang di media sosial, bulan lalu.

Bagaimanapun menerusi prosiding di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail, Mariah mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mariyah dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Ia memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu anaknya Ezuan Hafsham yang juga Pengarah Mariyah Holding akan dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Mengikut pertuduhan Ezuan didakwa secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan satu perempuan iaitu ibunya mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mahkamah membenarkan Mariyah dijamin sebanyak RM15,000, manakala anaknya RM10,000 dan menetapkan tarikh 12 Januari sebagai sebutan semula bagi kedua-dua kes.

Untuk rekod, Mariyah yang juga pemilik syarikat jahitan pukal Mariyah Holdings Sdn Bhd mencetuskan kontroversi pada bulan lalu apabila dia mendakwa orang Melayu bersikap pemalas.

Video keceluparan Mariyah turut tular sehingga dia berdepan ancaman boikot dan dikecam teruk netizen.

Sumber:  mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button