Ellie Suriaty Sifatkan Farid Kamil Sebagai Suami Baik & Bapa Penyayang – “Dia Kuat Berpegang Pada Tali Allah…”
Kemelut rumah tangga antara aktres Diana Danielle dan suaminya aktor Farid Kamil turut mendapat perhatian pelakon Ellie Suriaty.
Ellie menerusi ruang komen di Instagram Farid, memuji dan menyifatkan aktor itu sebagai seorang suami yang baik selain sangat menyayangi dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.
“Farid seorang suami yang baik, seorang bapa yang sangat-sangat kasihkan anak-anakya Che Mat dan Aurora… Farid Kamil kuat berpegang pada tali Allah SWT,” komennya.
Menganggap ada hikmah disebalik apa yang terjadi, Ellie juga mendoakan segala urusan pelakon filem Anwar: The Untold itu dipermudahkan.
“Pasti ada hikmah Allah SWT untuk Farid Kamil. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Farid Kamil di dunia akhirat Allah SWT sehingga ke syurgawi jannah,” kata Ellie.
Bagaimanapun komen yang ditinggalkan Ellie itu sudah dipadam selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Terdahulu, Diana mendedahkan suaminya yang juga aktor Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya.
Farid juga didakwa mungkir janji untuk membayar semula semua kos mereka pergi menunaikan umrah pada Februari lalu malah aktor itu mampu membeli kereta baharu dan cincin kahwin yang hilang.
Pada perkongsian yang sama, Diana mendedahkan anak perempuan mereka, Nur Aurora mengalami trauma rentetan perbuatan Farid menengking dan memarahinya.
Bagaimanapun Farid tampil menafikan semua dakwaan dan tuduhan yang dinyatakan isterinya aktres Diana Danielle di Instastory pada Isnin.
Farid mendakwa semua tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya bercanggah dengan laporan polis yang dibuat olehnya.
Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, dan Nur Aurora.
Sumber : Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.