Hiburan

Ditanya Mana Datang Asal Nama Kak Lina Kepom, Ini Jawapan Elly Mazlein

Nama selebriti seorang ini saban hari makin menjadi sebutan. Siapa sangka dari seorang penyanyi, Elly Mazlein mampu menghiburkan ramai selepas bergelar pelakon dan pengacara.

Kehadirannya sebagai rakan pengacara Nabil Ahmad di pentas Gegar Vaganza mencetuskan satu fenomena cukup luar biasa. Semangat dan gelagatnya membuatkan penonton sangat terhibur dengan kehadirannya.

Sering membahasakan dirinya Kak Lina Kepom, Kak Kepom atau Kak Lina Pom Pom, Elly Mazlein baru-baru ini mendedahkan mana asal gelaran tersebut. Ini kerana selebriti serba boleh tersebut telah ditanya mana datang asal nama Kak Lina Kepom oleh seorang penyampai radio yang dikenali sebagai Shah Gegar.

Berikut adalah jawapan Elly Mazlein selepas ditanya mengenai soalan asal nama Kak Lina Kepom yang ada padanya kini itu:

Menerusi jawapan yang diberikan oleh Elly Mazlein, nama Kak Lina Kepom itu pada asalnya diberi gelaran oleh rakan-rakan baiknya. Pada masa itu dia adalah salah seorang peserta Gegar Vaganza.

Pada asalnya gelaran diberikan ialah ‘Kak Lina Pom Meletop’. Namun entah bagaimana, lama kelamaan nama tersebut menjadi Kak Kepom atau Kak Lina Kepom.

 

Begitulah jawapan yang diberikan bila ditanya mana datang asal nama gelaran tersebut. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Sekarang dah jadi Kak Lina Kepom. Pom pom dah tertinggal”

“Tengok Kak Lina pun dah rasa nak gelak belum lagi dia bercakap. Lucu betul”

“U are the best Lina..Suka kita tengok Lina”

“Majoriti lebih kenal Kak Lina Pompom dari Elly Mazlein”

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button