Hiburan

“Dah Agak Lama Saya Tak Terima Mesej Kamu Mahu Bertemu Dengan Anak” – Bekas Isteri Keith Foo

“#BreakingSilence,” demikian ringkas tanda pagar yang ditulis bekas isteri Keith Foo, Kim Raymond di ruang komen Instagram pelakon terbabit.

Ironi pada ucapan sempena Tahun Baru Cina yang disambut pada Sabtu, Kim turut mendedahkan Keith sudah lama tidak menghubunginya untuk bertemu dengan anak perempuan tunggal mereka, Skylar Raymond Foo.

“Dah agak lama saya tak terima sebarang mesej daripada kamu untuk berjumpa dengan anak perempuan kamu,” tulis Kim.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Keith memaklumkan sudah lama tidak dapat meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama anak perempuannya.

Malah, Keith mengakui sentiasa merindui anak perempuannya itu dan mendoakan kesejahteraannya.

“Sudah beberapa tahun kita tidak dapat bersama untuk meraikan (Tahun Baru Cina) bersama-sama, sama juga dengan sambutan Krismas. Segalanya suram tanpa kehadiran kamu, Sky.

“Datuk, nenek dan semua orang merindui kamu. Inilah foto throwback kamu Sky.

“Selamat Tahun Baru Cina Sky, doa buat kamu agar sentiasa gembira, dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat di mana saja kamu berada baby girl. Daddy sayangkan kamu,” tulis Keith.

Namun, dalam kemaskini terbaharu di Instagram Stories; Keith menulis:

Untuk rekod, Keith mendirikan rumah tangga dengan model, Kim Raymond pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar.

Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu tidak kekal lama apabila mereka sah bercerai pada Disember 2019.

Keith berkata, dia memilih untuk tidak mementingkan diri dengan mengekalkan hubungan baik bersama bekas isteri sejak berpisah.

“Kami sama-sama matang. Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, kami masih ibu bapa kepada satu-satunya puteri kami yang kini sudah berusia enam tahun.

“Tidak perlu bergaduh berebut anak atau perkara tidak sepatutnya. Kita yang inginkan anak ini, pada akhirnya perlu bertolak-ansur dan banyak berbincang,” katanya kepada media.

Sumber:Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button