Hiburan

“Cukup! Benda sama, dah basi!” – Datuk Awie bagi teguran kepada peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS3)

JURI tetap Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Datuk Awie meminta finalis peringkat akhir program itu tidak menampilkan lawak tentang keagamaan, mengump4t serta meng3ji dan body shaming sebagai bahan jenaka.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 53, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku selain menganggap peserta ketandunsan idea sehingga terpaksa menggunakan elemen itu sebagai bahan jenaka.

“Cukuplah! Saya tak sangka mereka ‘main’ lagi minggu ini. Saya rasa mereka sudah ketandusan idea, mungkin boleh buat lagi bagus. Tak payah lagi sentuh isu body shaming, keagamaan, mengump4t atau meng3ji dalam persembahan.

Juri harap pelawak selayaknya bakal bergelar juara.

“Dah terlepas satu, dua minggu cukup. Jangan ada pengulangan lagi jika orang lain dah persembahkan sesuatu kisah. Dia jadi macam tumpang, tak best,” katanya.

Awie bekata demikian sebagai mengulas persembahan peringkat separuh akhir MLS3 yang berlangsung pada malam Jumaat.

Pada pertandingan itu, empat kumpulan mara ke peringkat akhir iaitu Ubi, Cili, Bahroy serta Ood yang akan berlangsung pada 23 September ini.

Manakala kumpulan Arteh yang juga anak kepada pelawak Allahyarham Mr. Os iaitu Mohamad Hazwan Mohd Yusof dan Mohamad Hafizul Mohd Yusof tersingkir daripada melayakkan diri ke peringkat final.

Kami tahu siapa bagus, siapa tak bagus!

DATUK AWIE

JURI TETAP MLS3

Dalam pada itu, Awie berharap peringkat akhir nanti kumpulan yang layak akan menjuarai pertandingan itu berdasarkan penilaian juri dan bukannya disebabkan undian penonton.

“Kita mengharapkan penjurian berdasarkan markah juri tetapi kena ingat kita ada 25 peratus undian daripada penonton. Kami melihat usaha, kesungguhan selain bahan yang dipersembahkan.

“Sekiranya orang luar lebih mengatasi penjurian juri profesional, maka kami tidak boleh buat apa-apa tapi kami tahu siapa bagus, siapa patut bergelar juara dan sebaliknya,” jelasnya.

 

Peserta MLS3 belum mampu buat juri ketawa terbahak-bahak.

Sementara itu, Najib Ali pula memberitahu sebagai salah seorang juri tetap, mereka akan menilai dua perkara ketika peringkat akhir nanti iaitu persembahan yang baik dan konsistensi terhadap tugasan sepanjang pertandingan.

“Dua perkara penting itu adalah persembahan yang akan dilakukan nanti sama ada menyengat atau pun tidak. Kedua, apa telah dipersembahkan pada minggu-minggu sebelumnya. Konsisten itu perlu,” jelasnya

Sumber: mStar


.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button