Hiburan

“Berita gembira buat semua…” – Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla

BERITA pernikahan penyanyi Syasya sekali gus menamatkan tanda tanya ramai tentang punca sebenar dia mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Dolla pada awal April lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Universal Music Malaysia yang menjelaskan alasan sebenar Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, mengundurkan diri.

“Berita gembira buat semua apabila Syasya sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya.

Syasya bernikah dengan pasangan pilihannya pada Sabtu.

“Ini juga antara faktor utama kenapa dia pilih untuk tidak lagi bersama Dolla,” kata kenyataan syarikat berkenaan kepada mStar.

Pengumuman tersebut dibuat selepas tular foto pernikahan Syasya bersama seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya.

Difahamkan majlis pernikahan tersebut berlangsung pada Sabtu di sebuah masjid dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat pasangan tersebut.

Dalam pada itu, Universal Music Malaysia berharap agar semua pihak dapat menghentikan semua spekulasi tentang pengunduran Syasya daripada Dolla.

“Kita doakan apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan dibina berkekalan hingga ke jannah.

“Semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” ujarnya.

Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla.

Pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.

Kemudian ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, tular pula video penampilan terbaharu Syasya yang kini sudah berhijab sehingga ramai membuat andaian dia kini sudah berhijrah.

Selain Syasya kumpulan Dolla juga dianggotai oleh Tabby, Angle dan Sabronzo.

Mereka baru-baru ini mencuri tumpuan peminat luar negara apabila tampil menyertai pertandingan nyanyian Show It All di China.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button