Hiburan

“Yang Memekak Macam Anjing Menyalak Tu Malulah” – Kak KM Tegur, Jangan Sibuk Masuk Campur Hal Rumah Tangganya

KHABAR angin mendakwa usahawan sensasi Kak KM bakal memegang status janda hangat diperkatakan netizen susulan kakaknya mengusik akan ada individu masuk meminangnya.

Mengulas mengenai khabar angin itu, Kak KM atau Liana Rosli menjelaskan hubungannya dengan suami iaitu Razman Ramli masih dalam keadaan baik dan tidak timbul isu cerai di antara mereka.

Malah kata Kak KM dia juga memilih untuk tidak lagi memanjangkan isu mengenai kereta Toyota Alphard miliknya yang diremukkan Razman dalam satu kejadian kemalangan di rumah mereka baru-baru ini.

“Benda itu sekadar konten saja, takkanlah kita ratu jamu nak kena cerai. Suami saya cakap… apa pun yang terjadi dia takkan tinggalkan saya. Nampak macam nak bercerai tapi suami ada dengan saya sekarang ini.

Kak KM memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Kami baik-baik sahaja. Alhamdulillah suami pun memang tak nak tinggalkan aku,” tulisnya.

 

Dalam hantaran yang sama, Kak KM juga turut menegur segelintir pihak yang dikatakan sibuk masuk campur hal rumah tangganya.

“Yang memekak macam anjing menyalak tu malu lah sibuk sangat dengan hal rumah tangga orang,” coretnya.

Dalam pada itu, Kak KM juga mengingatkan orang ramai terutama ahli keluarga dan kenalan rapatnya untuk tidak campur tangan dalam hal rumah tangganya.

Menurutnya, kadang kala nasihat yang diminta oleh orang sekeliling boleh menjadi hasutan untuk memusahkan rumah tangga sendiri.

Kak KM harap orang lain tidak sibuk dengan rumah tangga orang lain.

“Tapi saya juga nak ingatkan kepada orang luar, tidak kiralah saudara mahupun kenalan saya yang rapat supaya jangan masuk campur dalam rumah tangga orang.

“Sebab bila mereka masuk campur sebenarnya mereka menghasut untuk bercerai. Jangan nak tunjuk pandai ajar kita jaga rumah tangga.

“Sekarang ini kita baik-baik sahaja… Kalau mereka menghasut macam itu nanti nak jumpa saya macam mana. Jadi siapa yang malu.

“Kau jaga sajalah anak bini dan rumah tangga kau… jangan sibuk rumah tangga orang,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh apabila video tular merakamkan anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri itu dilihat mengeluarkan kata-kata makian terhadap suaminya.

Semuanya gara-gara kereta mewah milik Kk KM mengalami kerosakan yang teruk disebabkan suaminya secara tidak sengaja menekan gear ‘reverse’ sehingga menghentam tembok belakang rumah.

Tidak cukup dengan itu, sepotong video Kak KM seakan memberi bayangan bakal bergelar ibu tunggal telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Sumber: mStar, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button