‘Anak Puasa Tapi Saya Tiada Duit, Adira Bagi Pinjam RM100’
Lima tahun tiada pendapatan akibat diisytiharkan muflis, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan dia terpaksa menumpang belas ihsan isterinya.
Menurut Adnan atau mesra dengan sapaan Datuk Red, dia perlu mencari pekerjaan dalam masa terdekat bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan dan keperluan anak-anak menjelang raya.
Malah, dia mendedahkan baru-baru ini terpaksa meminjam wang daripada Adira untuk membeli juadah berbuka puasa untuk tiga orang cahaya matanya yang merupakan anak-anak isteri pertama, Datin Red.
Tidak kisahlah orang kata saya macam biawak hidup, memang betul keadaan saya begini. Tambah lagi bila kenang sudah dekat hari raya.
Saya kenang anak-anak, malu belakang kira. Anak-anak minta baju raya, tak akan saya nak minta Adira sedangkan saya sebagai bapa masih sihat lagi. Saya sudah janji dengan anak-anak saya untuk belikan mereka baju raya.
Baru-baru ini, nak beli juadah berbuka puasa untuk anak pun saya tiada duit. Datin Red (isteri pertama) ada urusan di hospital dan minta saya uruskan anak-anak, kebetulan saya tiada duit langsung.
Anak saya tiga orang berpuasa. Saya kemudian mesej Adira (isteri kedua), alhamdulillah dia bagi saya RM100 untuk pinjam.
Datuk Red mendedahkan mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Mstar.
Terdahulu, Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan Adira dan suaminya Datuk Seri Adnan gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai berhubung proses perceraian mereka.
Pada prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
VIDEO
credit : youtube mstaronline #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas
♬ bunyi asal – Pijah mohamad – Finaz❤️
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber : Oh bulan
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda